Cara Nak Deal Gabra Masa Temuduga

image_pdfDownloadimage_printPrint

Bila saya datang temuduga, tak kesah la yang open ke yang dipanggil ke, yang ada notice dari Jobstreet ke. Benda yang paling saya gabra/takut/leceh/benci ialah QUIZZZZZ…

Temuduga, saya rasa macam boleh handle lagi. Gabra sikit sikit tu biasa lah, tapi masih lagi tak merisaukan sangat sangat lah. Kalau takat soalan gitu gitu, gini gini InsyaAllah boleh lah. Berkas usaha dan prepare kita kan. Tapi quiz..adoi..

Quiz ni, memang soalan nya sikit tau. Dan kadang kadang soalan dia tak susah mana pun. Cuma bila sampai soalan masalah tu yang saya lemah betul. Soalan temuduga, sebenarnya kita dah boleh agak dah. Even saya sendiri ada list pelbagai soalan soalan lazim yang ada dalam blog ni.

Pergi dekat search box atas, dan buat carian ‘soalan temuduga’ macam bawah ni..

InsyAllah, rasanya dah sehabis baik dah soalan soalan yang saya kumpul kan tu. Oh ya, insyaAllah dalam masa terdekat, saya tengah kumpul kan sepenuh nya soalan yang pernah di tanya dan kemungkinan di tanya sebelum sebelum ni. Nanti kan ya…

Tapi quiz? Quiz payah sikit.. saya ada sediakan artikel khas untuk jawap soalan quiz ni. Nanti saya update kat artikel ni..

Untuk sekarang, saya nak kongsikan cara, bagaimana nak deal dengan perasaan gabra bila pergi temuduga..alrighte?

Start Dengan Mindset Yang Betul

Saya sendiri, kalau ada company yang nak cari pekerja tapi tak perlu temuduga, tak perlu susah payah dari jauh untuk buat temuduga dengan Engineer, lepas tu dipanggil lagi untuk temuduga dengan HR untuk gaji dapat berapa semua. Hanya bagi nama, dan esok boleh start kerja!!

SAYA MEMANG TAKNAK. Hah gitu..

Nampak tak bongkaknya di situ..

Sebab apa tak nak? Sebab OBJECTIVE temuduga tu jelas. Kita datang temuduga untuk apa sebenarnya? Sudah semestinya untuk kenal company tu dengan lebih baik.

Contoh nya

Kerja nya buat macam mana

Shift pattern nya macam mana

Benefit company tu apa

Elaun dapat berapa

Bonus berapa

Yang semua semua ini lah. Tapi kalau kita tak pergi temuduga MACAM MANA NAK TAHU?

Tanya kawan??? OK OK tanya kawan pun boleh. Memang antara 2 faktor utama anda dan saya sendiri kerja dekat satu satu company berdasarkan 2 faktor ni.

Satu kawan yang ajak, kiranya kawan duk provok habis lah company ni bagus. Baru lah kita nak kerja kan. Dan lagi satu ialah TEMUDUGA. Jadi kita kena jelas, konsep dan objective temuduga tu tujuannya adalah untuk kenal macam mana lah suasana kerja yang kita dapat nanti.

Ada satu kali tu, saya pernah dipanggil temuduga untuk satu syarikat contractor kepada syarikat GLC kerajaan. Memang best la company ni, besar. Tapi masuk masuk je bilik temuduga. Dia cakap, gaji yang saya akan dapat ialah RM 1 400. No OT katanya.

AIK? Saya pun dah pelek. Tak akan bagi RM 1 400 je. Nak makan macam mana.

Duk penang, sewa dah berapa. Makan pasir? Lantas, saya pun cakap, tak pe lah. Lain kali je lah. So saya pun beredar dari bilik temuduga. Padahal orang lain datang siap present kat whiteboard bagai. Time saya, kejap je. Sebab memang langsung tak rasional untuk saya terima.

Abang dengan kawan saya cakap, tak apa kau ambik je. Biasa lah tu dia provoke hang. Ada OT punya. Boleh hidup punya.. erm macam mana lah saya nak harap kan ura ura macam tu, kalau penemuduga sendiri cakap, MEMANG TIADA OT. Gaji saya RM 1 400 tambah elaun dalam RM 150 je. Masa tu, saya kerja di Ipoh, basic plus ot dan biasa RM 2 500. Sekarang ni nak hidup dekat negeri orang dengan RM 1 400 pula.

So summary nya, saya tak akan tahu benda ni kalau tak ada temuduga. Bayangkan saya terus terima dan hamik hidup kat penang dengan RM 1 400!! Naya tu… Betul kan mindset korang semua. InsyaAllah tak berapa nak gab gab gabra sangat.

Be Prepared

Ikutkan pada cara saya kan. Bila dah nak dekat hari temuduga ni..

Saya akan buat step step di bawah..

  • Get ready dengan semua soalan lazim
  • Saya akan praktise secara dialog setiap soalan lazim tersebut dan cuba reply jawapan seolah olah sesi temuduga sedang berlaku selama sekurang kurang 3 hari berturut..

3 hari yang saya maksudkan bukan tima malam sahaja tau. Sebaliknya, pagi, tengah hari, petang, malam..

Atau pun, korang boleh buat pagi dan malam. Tapi saya sangat galakkan tengah hari atau petang tu..korang maintain benda ni 3 hari insyaAllah akan lebih petah bersuara nanti. Dapat lagi lama lagi power… tiap kali lepas sembahyang, jangan lupa doa juga.

Bila dah sampai temuduga, saya suka kalau saya tolak awal dari yang biasa. Supaya dalam perjalanan, saya boleh berhenti di mana mana masjid, tunai solat 2 rakaat ke apa. Doa minta saya ni tenang bila menjawab.

INGAT, ORANG YANG BERUSAHA, ALLAH TAK AKAN BALAS DENGAN FAILURE

Kalau tak dapat juga, bukan bermaksud anda gagal. InsyaAllah Allah lebih sayangkan kita yang mungkin bukan situ tempat kita cari rezeki.

InsyaAllah juga Allah ada bekalkan rezeki yang lebih baik untuk kita.

Oh ya, ayat merah tu bukannya petikan alquran atau hadis ke apa. Apatah lagi kalau keramat orang orang hebat yang berfilosopi. Saja saya reka jap ni. Tapi betul kan?

So itu dia.

Praktise

praktise

praktise

InsyaAllah, korang akan lebih power punya..

Bila korang practise dialog ni kan, memang serious akan bantu punya lah. Memang la nampak macam orang gila sebab cakap sorang sorang… tapi memang power rangers kalau try ni..

Sebab practise dialog ni bantu dari segala faktor, contoh macam:

  1. Kelancaran korang bercakap
  2. Korang juga akan secara tak langsung cakap tak laju sangat, so tak kalut
  3. Jawapan da ada dalam kepala, so nampak la lebih petah bertutur
  4. Ada planning dan sebagainya lah..

Sentiasa Berfikiran Positive

Korang kalau fikir sendiri, sebenarnya tiada apa pun nak ditakutkan. Betul tak? Dia bukannya makan kita pun. Memang tak ada apa yang nak ditakutkan pun. Serupa macam kita tiba tiba ada orang jatuh tengah jalan. Apa kita rasa? Tak ada pun rasa apa, rasa kesian lagi ada. Kalau nak gelak takut sendiri pula kena kan. So rilek je pun. Tapi kalau kita ditempat dia yang jatuh? Malu bukan kepalang kan.

So boleh la jatuh di tempat public dengan selamba.

Sebab tiada apa yang dimalu dan ditakutkan pun. Orang keliling rilek je, kau pula nak menggelabah..

Cuba Jadi Diri Sendiri

Memang la bila temuduga ni kita nak nampak diri kita power kan. Tapi jangan lebih sangat, cuba jadi diri sendiri..

Jangan Buat Dosa

Ini kawan saya sendiri buat, orang duk kalut nak temuduga, dia duk komplen orang lalu lalang pula. Lastnya dia tak dapat, saya yang dapat. Kah kah

Tapi saya pun join juga ngumpat dia hari tu. Adoi, tapi alhamdullillah, Allah kurniakan juga rezeki ni..

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer