Cara Langsaikan Hutang

Saya tak berapa semangat dah sebenarnya bila nak tulis artikel ni. Sebab tak banyak permintaan. Tapi tak apalah,kita tulis dan raikan juga. Sebab masalah kewangan, hutang, duit tak cukup ni memang ramai yang terpalit. Saya sendiri pun sama.

Kalau dulu, hutang saya 2500 juga sebulan. Dengan gaji 3k 4k. Memang susah nak survive. Sampailah, saya berjaya turunkan kepada 1500 macam sekarang ni. Rasa macam dah lega sikit.

Alright, saya nak kongsikan dulu 7 cara yang anda boleh cuba untuk kurangkan komitmen. Boleh baca dulu, nanti saya akan cuba terangkan.

1. bayar lebih
2. guna snowball technique
3. tambah income/part time job
4. kurangkan bajet/pembaziran
5. sell everything you dont need
6. reschedule term
7. refinance house

Bayar Lebih

Pig pun tahukan kalau yang ni. Selamba saya jadikan ini sebagai tips top 7. Macam nak menambahkan point bagi nampak banyak ja.

Tapi hakikatnya, memang macam tu pun. Saya sendiri pun bayar lebih. Mungkin dapat daripada komisen lebih, atau bonus lebih, atau duit dari income lain yang lebih.

Kita boleh terus lumpsumpkan mana mana hutang hutang yang paling sikit dahulu.

Oh ya, sebelum terlupa. Kita kena senaraikan dahulu semua jenis hutang, dengan berapa bulanan, berapa bulan lagi nak setel supaya kita nampak jaraknya, dengan berapa jumlah duit yang kita hutangkan.

Contohnya:

Bil Jenis Hutang Bulanan Brp Bulan Utk Habis Jumlah
1 kereta 890 60 53400
2 cimb kat kredit 250 28 7000
3 motor 180 12 2160
4 cimb personal loan 220 36 7920
5 aeon personal loan 180 8 1440
6 bulanan rumah yg dibeli 700 240 150K

OK, so lebih kurang beginilah ya. Saya reka reka sahaja tu, ada copy copy sikit komitmen saya yang dulu sebagai contoh, dan juga tambah beberapa komitmen yang lain untuk saya tunjukkan point cara nak menggunakannya masa top 10 cara untuk kita langsaikan hutang nanti.

Berbalik kepada ‘Bayar Lebih’ tadi, lagi terbaik kalau kita senaraikan macam diatas ni. Dan cuba tutup dahulu hutang yang paling sikit jumlahnya.

Contohnya, katakan anda dapat bonus tahunan, atau setengah company macam saya kerja dahulu, setiap 3 bulan memang kami akan duit bonus daripada saham. Bolehlah guna untuk tutup terus akaun AEON PERSONAL LOAN, yang RM 180 sebulan tu.

Jumlah totalnya hanya RM 1440 sahaja.

Dulu, saya silap. Kononnya nak target besar dahulu, contoh macam nak target hutang kereta dahulu bagi habis. Baru yang kecik kecik. Salah macam ni, mental kita tak akan sekuat itu punya.

Sebab lambat lagi bil kereta tu nak habis. Better kalau kita kurangkan yang level hutang hutang ciput ni dulu. Memang bulannya sikit, tapi kalau 2 3 jenis hutang, jenuh juga.

Guna Snowball Technique

Teknik ni, memang tersangatlah popular. Senang sahaja nak faham. Kalau anda tak faham, apa yang saya cuba ceritakan sebab saya cuba nak ringkaskan sehabis baik ni.

Boleh sahaja rujuk artikel yang lain atau channel youtube, sebab agent agent insurance suka share teknik ini di youtube.

Caranya macam mana, anda cuba focus pada loan atau bulanan yang paling rendah juga. Bayar bulanan semua loan masih lagi sama, cuma kita focus pada loan yang paling rendah sampai habis, dan gunakan bulanan yang loan paling rendah tadi, kepada 2nd loan yang paling rendah. Atau 2nd loan yang menjadi pilihan kita untuk setelkan dahulu.

Contoh, katakan bulanan RM 180 untuk aeon ini habis. Anda masih lagi lagi guna RM 180 ni untuk bayar bulanan motor.

Kalau tengok kat situ, bulanan motor RM 180 kan, tapi sebabkan kita guna teknik snowball ni. Anda guna juga bulanan dari aeon, RM 180 tadi, tambah kepada bulanan motor. Ibarat anda bayar RM 180 x 2 sebulan.

iaitu RM 360 sebulan. Kalau anda buat gini, kalau bulanan motor tu, 12 bulan baru habis. Memang hutang motor anda, 6 bulan sahaja dah setel.

Seterusnya, guna hutang daripada aeon, hutang daripada motor, untuk topup bayar RM 250 kad kredit pula.

RM 250 + RM 360 = RM 610 sebulan anda bayar kad kredit. Kalau saya bahagi 7000 dengan 610, 11 bulan dah setel. Anggaran sahaja ya, sebab pengiraan bulanan dan interest kad kredit ni lain lain.

so 11 bulan boleh kurang, tak termasuk lagi dengan 6  bulan yang dah berlalu masa anda bayar hutang motor. Entah entah hutang kad kredit anda tinggal 8 bulan sahaja lagi nak setel.

Tambah Income / part time

Ini yang saya buat sebenarnya. Sebab teknik snowball ni atas kertas memang nampak cantik, nampak canggih. Tapi mental saya tak berapa kuat nak buat.

So saya lebih memilih untuk tambah income.

Buatlah apa apa, jual itu ka jual ini ka.

Saya pernah jual ebook, saya pernah jual bagasi, sekrang saya jual rumah dan dah jadi full time agent hartanah pun. Dulu saya buat part time ja.

Kurangkan bajet dan pembaziran

baru semalam saya pergi DIY, nak beli barang rumah. Sebab saya baru pindah taiping. pusing punya pusing, saya cakap dekat wife. tak payahlah kita beli. tunggu next commission pula. haha

Sebab rasa macam dah banyak sangat belanja.

Better macam kita ada bajet bulanan berapa untuk makan, isi minyak semua. supaya kita tak berbelanja lebih. kalau jenis saya, memang terpaksa letak duit gaji dalam akaun bank lain.

Kalau tak, memang saya akan guna punya.

Saya pun sekrang ni, dah kurang makan luar. Lebih kepada masak sahaja. Dulu saya dengan wife boleh kata setiap hari keluar makan malam.

Sell everything you dont need

ini saya ambil daripada website orang putih ni. Dalam rumah saya, memang ada dapor elektrik yang saya beli dulu dalam 200, dengan macam microwave tu yang kecik tu.

Lupa dah saya apa namanya. kalau saya jual, katakan boleh dapat lagi 250. Boleh juga kita guna di tempat lain.

apa apa pun, semua ni kena catit. kalau kita duk congak, dan duit kita duk bagi gitu sahaja, tanpa kira berapa yang tinggal dalam poket, mungkin tak nampak sangat.

so better kita catit dan rekod perbelanjaan. Kalau tak dapat setiap bulan pun tak apa, mungkin 2 atau 3 bulan sahaja, bagi kita biasa dan alert kalau ada pembaziran.

Rescheduled term

Ini apa, saya sebenarnya baru tahu tau ini. baru tahu dalam 1 atau 2 tahun macam tu. Sejak saya jual rumah ni, kenal kenal dengan orang banyak duit, jenis 10k sebulan. Memang tips depa share.

so saya share balik dalam blog ni bila saya ingat. antaranya ialah reschedule term.

Reschedule ni sebenarnya macam kita minta bank tu kirakan balik hutang kita, dan mungkin minta mereka anjakkan sikit bulanan supaya bulanan yang kita bayar tu tak tinggi.

Contohnya, macam yang anda tengok komitmen kereta RM 890 di table atas tadi. Itu sebenarnya, memang actual bulanan kereta saya dahulu. Lepas hampir 4 atau 5 tahun lagi nak habis, saya minta bank rescheduled untuk kurangkan kepada RM 650.

Tapi itulah, kita punya bulanan kembali banyak, jadi balik 7 tahun rasanya. Bolehlah, lagi daripada saya nak bayar dekat 900 sebulan. Terasalah kurangnya sikit beban.

So, anda pun boleh buat. Saya tak pasti kalau aeon atau personal loan boleh buat. Tapi kereta memang boleh buat. Tapi ada syarat syaratnya, macam kena maintain bayar elok, ada sebab yang kukuh, atau pun lain lain.

Apa apa pun, anda kena tanya sendiri. Bank yang saya buat loan kereta sekarang, adalah bank rakyat.

Refinance House

Yang ni lebih kurang macam resechedule loan juga. Tapi recheduled tu biasanya tak dapat apa. Sebab product pinjaman kita value makin kurang, macam kereta tu.

beli dulu 80k, kalau kita jual balik memang dalam 40k sahaja. itu pun kalau ada yang nak beli.

banding dengan rumah, anda beli 100k, tapi lebih 10 tahun, memang boleh jual 200k atau 250k macam tu. So refinance yang saya maksudkan ini, adalah penstrukturan semula pinjaman, ke atas value semasa.

semasa – maksudnya value sekarang yang sudah naik.

Contoh.

Katakan dulu anda beli rumah harga RM 150 000. Yang lebih kurang dalam RM 700 sebulan. Lepas 10 tahun, katakan value rumah tu dah jadi RM 270 00.

Ingat ya, value rumah tu dah naik kepada RM  270K, tapi anda masih lagi bayar RM 700 untuk value 10 tahun yang dulu, iaitu RM 150K.

katakan anda refinance semula, pada harga RM 270K? Bulanan memang akan naik kepada RM 1350

Tapi anda boleh dapat extra cash.

extra cash tu mungkin dalam RM 270K – 130K ( saya kira 130K, katakan lepas 10 tahun bayar tolak 20K ) = baki RM 140K

Baki RM 140K tu, banyak juga. Bukan setakat boleh setelkan loan loan kecik, sekali kereta pun anda boleh setelkan.

Tapi apa apa pun, refinance ni kena hati hati. sebab takut ada sifat tamak berlebihan lastnya anda buat loan yang tak perlu.

nak tahu berbaloi ke tak, cuba tambah semua komitmen dalam table tu.

Bil Jenis Hutang Bulanan Brp Bulan Utk Habis Jumlah
1 kereta 890 60 53400
2 cimb kat kredit 250 28 7000
3 motor 180 12 2160
4 cimb personal loan 220 36 7920
5 aeon personal loan 180 8 1440
6 bulanan rumah yg dibeli 700 240 150K
2420 71,920

So total bulanan semua sebelum refinance ialah RM 2420

dan total jumlah loan pula RM 71,920, tak termasuk dengan total jumlah rumah yang dah jadi RM 270K ya.

Sekarang ni, anda tolak RM 140K anggaran dapat tadi dengan RM 71,920 = RM 68 080

So berbaloilah nampaknya kan.

kalau dulu, anda bayar bulanan RM 2420 sampai loan habis.

Tapi sekarang, anda bayar RM 1350 rumah sahaja. Sebab loan lain dah setel dengan duit 140K refinance tadi. Siap ada balance lagi RM 68K pula.

RM 68k ni nak buat apa? jangan buat rumah pula saja saja pula. kalau tak ada idea lain yang lebih berguna, masuk dalam public mutual sahaja.

Atleast anda dapat juga 13% setahun. dan katakan anda peram lagi 10 tahun tak ambil2x, memang boleh dapat banyak. saya bukan agent public mutual, anda boleh tanya depa sendiri berapa estimate kalau macam ni.

Kalau lepas 10 tahun boleh dapat 30K setahun pun cantik dah, katakan anda pula ada duit pencen. Lega dah kat situ untuk bayar rumah. Jangan risaukan kita mati, sebab kalau mati insurance cover, so tak perlu bayar apa apa dah.

Apa apa pun, semua ini sedap di mulut, dan perlukan pen dan kertas untuk rancang.

Saya sendiri buat macam tu. kita tak boleh congak, angan angan sambil berak. tak boleh, mesti serius.

so sediakan pen dan kertas dan tulis.

Sebab caranya bermacam macam, mengikut kesesuaian diri sendiri.

Contoh katakan anda dapat RM 140K tu. Dan mak ayah memang ada bagi anda tanah, boleh ja minta tukang rumah buat 3 bilik punya banglo rumah kampung.

140K memang cukup. buatlah sikit sikit dulu. asal ada rupa rumah.

Setiap orang itu, walaupun loan nya sama tinggi, tapi penyelesaiannya berbeza.