Cara Kira Loan Kereta Proton VS Perodua VS Honda

image_pdfDownloadimage_printPrint

Hasil Tinjauan Pengiraan Loan Kereta Yg Saya Pergi

Ok untuk cara kira kereta mudah sahaja. Korang boleh guna calculator dekat carlist itu sahaja. Masa mula mula saya guna tool kat carlist.my ni mula mula saya ingat salah. Kiranya mula mula saya ingat tool ni hanya estimate sahaja.

Rupanya rupanya hampir tepat juga tau.

Bukti nya saya pernah jumpa agen Nissan untuk tengok kereta Almera untuk dia sembang pasal harga. Dan juga Honda, baru lagi dalam beberapa hari lepas. Kiranya masih lagi dalam minggu ni lah.

Dan berikut adalah contoh harga kereta di Honda…

Saya test drive HRV dengan Honda City Hybrid time tu..

Kalau korang tengok HRV Gred V tu, RM 121 000, dp dalam RM 12 200. Dan bulanan RM 1,284 untuk 9 tahun. Interest rate 2.9%

Dan kalau saya letak kereta harga RM 121 100 kat calculator Carlist.My bawah ni, kita masih lagi akan dapat harga yang lebih kurang sama.

Dekat calculator Carlist.My harganya RM 1 270, tapi kat betul betul honda punya list, RM 1 284. Saya juga ada try tengok untuk Nissan Almera yang saya tengok lepas tu, pun lebih kurang sama juga.

So, lagi sekali, korang tak perlu susah susah nak tau cara kira loan kereta ni semua, hanya tengok calculator di Carlist.My sahaja. Kalau lari pun, tak lari banyak. Saya boleh kata dalam lingkungan RM 100.

So macam mana nak guna App Carlist?

Carlist.my ni terbaik kalau korang view by PC atau dekstop. Akan nampak web dia smooth sahaja. Tapi kalau guna browser dekat Mobile, rasa macam kalut sikit, macam ada function yang tak boleh gunakan di Carlist.My. Tapi kalau korang nak tengok juga guna mobile, kena download dia punya app.

Sebab app dia lebih smooth gitu.

Contoh….

Kalau saya sendiri, saya suka guna advanced search. Sebab boleh filter harga kereta. Dan kebiasaannya yang saya buat ialah kereta yang di antara lingkungan RM 70 000 hingga RM 100 000.

*carian di atas saya buat guna dekstop. Sebab app mobile tak nampak menyeluruh.

Pilih lah NEW dan bodytype apa semua. Dan bila tekan search button tu…

Yang untuk sebelah kiri, masih lagi ada beberapa spec atau kategori yang anda boleh filter. Jangan tengok nombor 13 ribu 972 tu. Kereta kereta ni memang akan ada repetiotion. Sebab ia diiklan oleh agen agen dan pelbagai dealer.

So kalau tengok kat depan depan tu dah nampak dah. Harga total kereta berapa. Bulanan berapa. Sebelah kiri pun ada dalah calculator andai kata nak guna.

Kenapa Saya Letak Interest Rate 2.9%?

Sebab ini yang paling munasabah. Untuk kereta baru, interest rate tak tinggi sahaja macam kereta 2nd. Ikut kan pada agen honda tu cakap, yang paling murah sekarang. Ialah dari RHB katanya, tak tau betul ke tak. Tapi dia cakap, hanya 2.5% sahaja…tadi saya letak 2.9% kan? Sekarang, biar saya cuba nak letak 2.5% pulak, dan masih lagi menggunakan harga kereta HRV spec V yang sama.

So kereta ni kalau di iklan Honda, akan jadi RM 1 284 sebulan kan tadi. Tapi bila kita letak 2.5%, ia akan jadi serendah rendah nya RM 1 230.67 sahaja.

Tapi ini RHB, bank yang lain? Ambank CIMB semua berapa. Jawapannya, korang tak perlu tahu lagi sekarang. So estimate kan sahaja. Cerita sekarang, interest rate untuk kereta baru tak akan cecah sampai 3.5%.

Dan katakan kalau ia cecah, harganya adaah di bawah lingkungan RM 100 juga perbezaannya.

Ok lah, cerita sini, habis sini lah. Bai, salam…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer