Lama dah saya sediakan artikel ni. Sejak 2017 lagi. Sekarang 2020, dan saya pun dah berhenti lama dah kerja kilang.
Artikel ni saya dah review berkali kali dah. Rasanya setiap tahun saya tukar untuk memenuhi permintaan di komen.
Antara yang biasa saya diminta ialah:
- untuk saya kirakan pula berapa gaji anda. Jenuh juga tu tau. berapa ramai yang minta.
- ada juga yang minta untuk tukarkan calculator yang saya buat dibawah kepada 8% kiraan untuk KWSP. Sebab pencarum KWSP ada dua jenis kan, sama ada bayaran 8 percent atau 11 percent.
- ada juga yang minta, kirakan gaji untuk berapa hari anda bekerja. Terutamanya bagi adik adik yang baru mula bekerja yang mungkin tak lengkap 1 bulan kerja. Mungkin mula masuk kerja 10hb kan. Jadi gaji mesti nak kira 10hb bukan 1hb.
Semua semua ni saya akan cuba bantu dibawah ya.
Kalau tahun 2017 dulu, memang saya ada kongsikan persamaan dalam excel di atas ni.
Memang tak berapa sempurna sebab anda terpaksa download. Dan anda juga terpaksa buka guna excel. Tapi apakan daya, skill buat website saya tak berapa canggih.
Tapi sekarang ni, Alhamdullillah, 2020 kita buat azam baru, selepas 2 hari 2 malam saya buat, akhirnya siap juga kalkulator kira gaji dan overtime anda dibawah ni.
Cuba try…
Panjangkan kalkulator ni. Ya, terlampau panjang. Sebab saya tak tahu coding untuk buatkan dia jadi pendek, atau guna side sebelah kanan. So semua butiran yang anda isi berada di sebelah kiri. Kalau saya isikan juga disebelah kanan tak ada lah nampak panjang gini kan.
Calculator ini juga, baru sahaja saya edit hari ni, 9 September 2023. Sebab saya rasa macam ada yang tersalah kira untuk sebelum ni. Tapi tak apa, sekrang sudah OK, tapi bukan paling tepat ya. Anggap calculator ini anggaran sahaja.
Dalam calculator yang saya baru edit hari ini juga saya dah buangkan penolakan untuk socso, sebab socso ni sebulan memang tak banyak pun akan ditolak. So ia tak akan jejaskan sangat total net income gaji yang kita akan dapat nanti.
Cara Nak Guna?
Berapa hari anda bekerja dalam sebulan – kalau memang kerja isnin sampai jumaat. Mungkin dalam 26 hari sebulan. Kalau shift, macam saya dulu, mungkin 20 hari sahaja sebulan. Saya juga pernah kerja shift 16 hari sahaja sebulan.
So drag sahaja slider tu kepada berapa hari.
Jumlah Jam Bekerja – kalau anda shift, drag slider ke 12 jam. Kalau office hour, drag kepada 8 jam. Atau ada juga yang kerja shift 8 jam sehari kan!
Basic Salary dan Elaun – untuk basic salary self explanatory. Anda isi sahaja berapa basic yang dapat. Kemudian untuk bahagian elaun, pastikan anda tambah semua elaun telefon, transport, shift semua kalau ada. Tambah semua dulu ya. baru ISI.
KWSP – pilih skim yang mana satu, kalau tak ada. pilih tiada sahaja.
Monthly Salary ( Tiada OT ) – ini adalah jumlah selepas tolak sekali dengan socso. Socso ni tak banyak. Macam saya, bila basic 1740 pun. Socso potongan dalam 14 ringgit ja. So dalam formula ni, saya ambil total deduction socso dalam 0.5% sahaja daripada basic.
Saya pun tak pasti berapa sepatutnya yang akan ditolak. tembak ja 0.5% tu
Pengiraan Jumlah OT ( auto calculate ) – Kalau anda kerja ada OT. boleh teruskan lagi isi ruang dibawah. Kalau tak. rasanya pengiraan sampai Monthly Salary Tiada OT sudah selesai. Untuk ruangan ni, sebenarnya note untuk saya program kalkulator ni untuk tolak or tambah, or darab or bahagi di bawah nya. Tapi kalau anda nak noted untuk berapa gaji anda bagi rate 1.5 or 2.0 boleh juga.
Bila kerja kilang terutamanya, memang akan ada rate OT yang 1.5, Off day namanya.
Atau macam saya dahulu, kalau rest day dapat 2.0. Kalau kerja public dapat 3.0
Isi tempat kosong bawah berapa jam anda OT – seterusnya, untuk ruangan terakhir di bawah.
Anda mesti isi dalam unit jam ya. Contoh kerja 1 hari untuk shift 12 jam. Jangan tulis 1 sahaja. Sebab unit itu dalam jam. Jadi anda tulis 12 jam. Contoh macam saya tulis di atas, 60 jam
Dan terakhir…
Selesai!!
Adakah pengiraan saya tepat? Sudah pasti tidak. Sebab setiap tempat kerja memang lain polisi dan cara kiranya. Cuma untuk diatas yang saya buatkan untuk anda ni adalah yang general. Atau kebiasaannya.
Untuk faham lebih detail, macam mana saya come out dengan formula kalkulator di atas. Anda boleh cuba cuba penerangan untuk pengiraan di bawah ya.
*pengiraan dibawah ini adalah hasil daripada penulisan saya yang lepas. Kira tahun 2018 lagi rasanya. Dan bila saya cuba cuba semula dengan kalkulator yang di atas ni. Jumlahnya lebih kurang sama.
beza dengan socso sahaja. Sebab saya terlupa nak tolong socso. Itu sebab dapat RM 1749.02
Dan Penerangannya..
Mula mula kita kira berapa OT untuk satu jam.
( Basic / 26 hari ) bahagi ( 8 jam ) = Gaji Untuk 1 jam
1 jam ini pula darab dengan 1.5 sebab itu normal rate. Macam kilang saya ada yang 2.0, ada yang 3.0 pun. 2.0 ni biasa public lah, dia akan kira double.
So untuk pengiraan di atas.
( 1200 / 26 ) bahagi ( 8 jam ) = RM 5.769 <<< ini adalah jumlah GAJI Untuk 1 Jam
Sekarang, saya akan darab dengan 1.5 untuk tahu berapa pula gaji dikira kalau OT dalam 1 jam, untuk rate 1.5
Maka, RM 5.769 x 1.5 = RM 8.635 ( ini adalah rate OT untuk satu jam )
Tadi rate OT di atas ada 2 jam untuk satu hari kan?
So dalam sebulan, ada 26 hari bekerja. Dalam 26 hari bekerja akan ada 52 jam ot (26 hari x 2 jam)
52 jam OT x rate OT 1.5 = 52 x RM 8.635 = RM 449.02 ( ini jumlah OT sebulan )
Dan total nya
Basic + OT + elaun = Gross Income…
RM 1200 + Rm 449.02 + RM 100 (elaun) = RM 1749.02
Persamaan excel yang saya buat dibawah juga dapat lebih kurang sama. Iaitu RM 1601.3. Kira tak jauh sangat beza dengan kalkulator di atas, Sebab bila saya kira guna butiran di yang sama. monthly last akan jadi RM 1612.
Kiranya, saya nak bagi tahu. Kalkulator yang saya buat di atas, rasanya dah betul sangatlah kan. Cuma kalau ada yang rasa macam salah, minta bagi tahu di komen ya. Saya perlukan feedback anda.
Cara Kira Gaji Saya Pula
Macam saya cakap tadi, setiap kilang atau company tu memang berbeza cara kiranya. Dan masa saya kerja di Kedah. Dalam tahun 2016 hingga 2019. Memang tak akan dapat kalau guna kalkulator di atas tadi.
Sebab memang berbeza. Saya dah berhenti kerja yang sekarang, sebab dah focus perniagaan sendiri.
Berikut, adalah cara kira gaji semasa saya kerja di kilang Kedah. Lain sikit caranya.
Begini
( Basic + Elaun ) x 12/2184 = Kadar OT Satu Jam
Lepas tu darab macam biasa dengan 1.5 atau 2.0 ikut pada hari saya bekerja.
Seperti contoh.
Basic saya RM 2k
[( RM 2000 + RM 340 ) x 12 ] / 2184) = RM 12.857 (untuk rate 1 jam)
Darab 1.5 akan jadi: RM 19.28
Kebiasaannya, saya akan target OT 80 jam.
So 19.28 x 80 = RM 1542
Maka
RM 2000 + RM 340 + RM 1542 = RM 3882.00
Oh ya, minus 11 percent ya untuk KWSP.
RM 3882.00 ini baru saya kira kalau kesemua 80 jam yang saya OT adalah rate untuk 1.5. kebiasaanya, rate 2.0 akan ada lebih kurang dalam 30%. Bergantung juga. Tapi lebih kurang dalam 30%.
Sekarang saya ambil kira kalau 30 jam adalah rate 2.0. selebihnya 50 jam adalah untuk 1.5
Rate untuk 1.5 = RM 19.28
Rate untuk 2.0 = RM 12.857 x 2.0 = RM 25.714
Makanya….
25.714 x 30 = RM 771.42
19.28 x 50 = RM 964
Total: RM 1735.42 ( baru jumlah OT )
Dan totalnya,
RM 2000 + RM 340 + RM 1735 = RM 4075 (nanti tolak 11% sendiri)
Dan untuk basic gaji RM 1000 pula
Untuk anda yang gaji RM 1000, berapa pula jumlah OT ialah, anda perlukan maklumat di bawah.
- Basic berapa: RM 1000 lah kan
- Jumlah OT berapa
- Elaun berapa
- Elaun tambahan berapa, maksud saya begini. Contoh macam saya sendiri, elaun setiap bulan memang sudah dalam RM 300. Tapi kalau saya OT pada waktu malam, akan tambah RM 15.
Dan buat lah seperti pengiraan di atas.
Berapa Banyak Boleh Dapat Bila OT?
Untuk kira gaji ini, kalau ikutkan pengalaman saya, mula mula saya pun tak perasan benda ni. Kawan yang cakap dulu. Ialah, jumlah OT hanya akan ambil separuh daripada jumlah gaji pokok.
Bermaksud, kalau basic RM 1000
Biasanya total gaji anda kalau buat OT, akan jadi RM 1500
Sebelum ini saya pernah gaji RM 1500, anda boleh baca pengalaman kerja saya disini.
Dan bila di campur OT, akan jadi lebih kurang RM 1500 + ( separuh gaji ) = RM 2 250
Tapi masa tu saya OT kuat juga, so gaji saya lebih kurang dalam RM 2500.
Tapi memang tidak pernah sampai RM 3k
Bagaimana pula dengan basic RM 2000 yang saya kira di atas tadi.
Sepatutnya tak lebih RM 3000 kan?
Kenapa boleh sampai RM 4k?
Sebab kerja kilang. Memang tersangat bergantung kepada benefit yang company bagi.
Contoh, macam kilang saya ada 3 jenis bonus. Salah satu nya ialah profit sharing. Profit sharing ini maksudnya company akan bagi bonus setiap 3 bulan. Percentage lebih kurang dalam 0.3 percent daripada basic.
RM 4075 di atas adalah bulan biasa, tidak termasuk profit sharing setiap 3 bulan.
Contoh katakan kena pula pada bulan yang ada profit sharing.
Pengiraan gaji adalah lebih kurang seperti di bawah.
0.3 x RM 2000 = RM 600 ( hasil dari bonus )
Makanya lagi…
RM 4075 + RM 600 = RM 4675
Selesai…
Harap anda jelas dengan cara pengiraaan gaji. Untuk pengiraan gaji kerja kerajaan saya tak pernah terpikir nak tahu pula. Walaupun, wife, kakak, adik, abng saya kerja dengan kerajaan. Sekarang jam 12.08 am, 13 September 2020. Wife pun dah ngantuk.
Nanti bila dia dah segar, saya akan cuba mintak payslip dia untuk guna kalkulator kita ni.
Biar dia tidor dulu. Nanti merajuk pula kan.
Apa apa pun, sebarang feedback ataupun penambahbaikan, sangat sangat dialu alukan ya.
Kalau ada yang boleh share saya payslip anda pun ok. Boleh saya matchkan dengan kalkulator kira gaji ni.
Assalamualaikum.
94 comments On Cara Kira OT? Guna CALCULATOR INI ( Update 2023 )
Salam..boleh tolong kirakan basic pay sya x? Sya baru Mula bekerja bulan 7.. gaji bulanan 2k.. utk bulan 7 sya kje 11 hari shj Sbb masuk 17/7/17. Sabtu & ahad x bekerja, xde ot.. kje 9jam rehat sejam.
Salam Ikin..
Soalan ni macam tersalah tulis je. : )
Reply dan tulis semula ya…
apa benda yang salah nya, ke kau tak reti kira?
mmg salah pun…basic diakanRM 2000..soalan dia minta kirakan basic pay…klu kau pandai..kau tolong laa kira terus untuk dia
hehe.. sabar sabar
salam tuan .. cara guna calculator tu sangat mudah dan sangat membantu .. terima kasih .. mungkin boleh tuan jadikan calculator tu sebagai aplikasi utk kami download .. senang bila² masa kami boleh menggunakan nya ..
alhamdullillah. terima kasih.
Amboi. mai duit sy upah orang buat software pulak.. mai la datang sini salu untuk kira
search sahaja
“cara kira ot sayashare” di Google. InsyaAllah jumpa
Salam,
bagaimana kiraan OT kalau pekerja baru masuk kerja tapi kerja tak sampai sebulan? maksudnya dia kerja 16 hari sahaja dalam bulan tu?
Yang itu dia akan kira pro rate. Kiranya kira yang kerja 16 hari sahaja.
Serupa juga dengan bonus tahunan kalau ada. Contoh katakan masuk tengah tahun. Dalam bulan June contoh nya. HR akan kira pro rate juga.
So dia akan darab 0.5. Katakan basic 1000 x 0.5 = RM 500 ( sebagai bonus tahunan )
Itu pun kalau start kira dari June, iaitu start kira dari awak masuk.
Kalau start kira dari awak nak confirm lagi sikit..
Wasalam
*lupa nak jawap nad
Salam.. kalau boleh saya tau, salah tak dari segi undang-undang kalau company guna cara satu.. iaitu, tidak menambah elaun dalam pengiraan OT pekerja.. terima kasih
kalau LAW saya tak berapa pasti…contoh ada satu kampeni kat Ipoh..buat rule, setiap 2 bulan mesti clear leave..ini memang totally bulshit punya company..teruk betull..tu ler jadi nye kalau company tak union..kene game je memanjang..
so law tak tahu sangat..
Sy nk tya klu basic gaji rm2200, brp ea sehari gaji sy… 😰😰
paling mudah dan senang cerita. bahagi je lah dengan berpa hari awk kerja sebulan. tapi masih lagi bergantung kepda HR. so tanya HR adalah yang terbaik, sebab ada kemungkinan ia akan berbeza…
blh tlng bantu kira ot sya…kerja swasta gaji rm2000 kerja 6x dlm 1 mggu…ot dlm 5 hari sehari msa ot 3 jam 30minit…kompeni byr ot sejaam rm10.99..epx 11% sebulan kilang byr gaji 2x dlm sebulan…jdi dlm 11 hri ot separuh bulan brp kadar gaji penuh yg sya dpt….
hehe..malas pula saya jai
Assalamualaikum. Encik maaf ganggu . Saya dah keliru dgn mengiraan encik tadi encik boleh kirakan tak . Berapa OT sejam saya . Kalau tak keberatan lah Basic Rm1700 kerja 6hari seminggu . 5hari tu saya akan OT 2jam sehari untuk seminggu. Jadi bagai mane ye mengiraan nye . Boleh tolong tunjuk ajar kepada saya ??
ot rate yang 2 jam tu berapa? 1.5?
Assalamualaikum saya berkerja sebagai security , saya terpaksa berkerja straight 36 jam , shift saya sepatutnya 12 jam sahaja , kadar bayaran ot hanya rm 50 sama dengan kadar gaji sehari berkerja saya , boleh kah saya membuat aduan ?
mmg boleh, sebab patutnya tak boleh lebih 12 jam
Asslaam…kalau basic saya 2000 tapi company xbyr ot tapi menetapkan 15jam ot wajib bole ke mcm tu
ye boleh macam tu..kilang saya pun ada juga..
name saya prakash saya kerja di sebuah sarikat x ,saya nak tahu kalau gaji 2600 rm boleh dapat over time tak ?kalu dapat pun berapa peratus % saya akan dapat ?sebab saya rasa majikan tipu saya ,kalau betul macam mane saya nak buat aduan ,tolong tunjuk jalan kerja dia macam mane
pejabat buruh boleh prakash, kawan saya ada juga yang pernah pergi dan buat aduan…
Assalam…. O.t ade rate ke? 1.0, 1.5, 2.0,
Syarikat bole kasi o.t 1.0?
Gaji rm3000 tak layak dapat o.t rate 1.5 ke hari bekeja lepas 8jam? Dan 2.0 untuk public holiday?
Tolong encik terang Kan.
Terima kasih.
apa jenis ot yang ada, maksud saya 1.0 drpd gaji ke, 1.5 ke, 2.0 ke, even 3.0 sekalipun.. bergantung kepada syarikat tu sendiri..
so ada company yang tetap kan, bila basic da cecah 2500, tak boleh buat OT untuk 2.0 atau 3.0 kosong contohnya sebab basic dah besar.
serupya juga dengan orang yang basic bawah 2500, masih lagi boleh buat sebarang jenis ot..
keje public holiday dapat gaji dabel ke, semua bergantung kepda syarikat..mungkin ada relate sikit dengan jabatan buruh, tapi saya pun tak pasti sama ada, ada ke tak undang undang yang mesti bagi gaji 2.0 bila public holiday…
faham ke?
So kire nye begantung pada syarikat polisi la… Mmg tak wajib 1.5 ni.
Terima kasih tuan
yer, bergantung kepada benefit company tu nak bagi berapa…biasanya dia akan ada vice versa. contoh mcm dulu, company sebelum ni kami ada ot 3.0. kiranya gaji dikira triple. tapi company sekrang tiada. tapi tiada masalah sebab banyak benefit lain. so semuanya nnt kita akan tahu bila temuduga
Hai syed shaff
Boleh tahu kilang mana tu anda bekerja
Mcm seronok pula tengok gaji awak 😅
Hai syed shaff
Boleh saya tahu kilang mana anda bekerja
Sebab tengok gaji tu mcm best pula 😅
Infenion
kalau basic rm1200 ,cuti umum kerja dan buat oty 4 jam .kira oty itu macam mana
ikut la cara yang saya tunjuk atas tu, mlas pula saya nak tolong kira kan
pls make the epf can cahnge to 11%..
salam macam mana nak tau gaji saya bulan tu kalau basic RM2100 saya start 7/10/2020 sabtu dan ahad cuti.. takda ot basic kena bahagi 26 hari atau 22 hari ya? dan kira berapa hari saya kerja betul tak? maknanya sabtu dan ahad saya tak perlu kira sbb cuti tak kerja..
ya. bahgi dengan berapa hari bekerja je le kalau gitu. 22 hari
26 hari untuk full month kerja yang cukup
syed rate OT 1.5,2,3 tu syed ckp benefit dari company..compny saya x besar jd dorg buat RateOT =Gaji 1jam(RM5.90)+RM0.5 X Jam OT..Boleh ke mcm tu..ape mksd rate 1.5,2.0,3.0 ye? TQ
ya. rate ot, benefit yang lain, bergantung kepada saiz company dan produk apa yang company ni niaga atau jualkan…
maksud rate 1.5, 2.0 dan 3.0 tu adalah jenis jenis rate ot.
kira ada ot yang kira 1.5 daripada gaji per hour, ada yang 2.0 atau dua kali ganda dari rate per hour, ada yang kira 3.0
biasanya company yang jalan shift baru ada rate ot yang tinggi macam ni.
1.5 adalah hari untuk off day
2.0 adalah untuk hari kerja pada rest day
3.0 pula mungkin untuk yang bekerja bila hari public holiday, macam time raya ka. gitu
boleh download ker calculator? kalau boleh bagaimana caranya?
terima kasih.
wani. saya da buang dah file tu. saya buatkan yang tak perlu download punya ni. boleh terus kira
Hi nak tanya saya kerja dekat hospital kalau basic rm1900 , allowance rm200. Saya kerja divided duty 8-5. So, 1 hari 10jam.
Macam mana saya nak kira ot untuk 1 jam
Divided duty tu macam mana? 8 5 tu 9 jam sahaja.
Contoh, katakan kerja isnin sampai jumat sahaja. So 1 minggu 5 hari, darab 4 sebab 1 bulan ada 4 minggu.
total hari bekerja ialah 20 sebulan.
maka
RM 1900 / 20 = 95 ringgit / pula dengan 9 jam = 1 jam ialah RM 10.55
Tapi tak semua pengiraan begini. kena rujuk HR juga. Sebab mungkin dikira cara lain, sebab kalau ada insentif tambahan yang company bagi.
Tambah lagi kalau kita OT 5 jam. Kita pun kiralah 10.55 darab 5 jam = dapat sekian sekian.
Contoh macam saya sebelum ini, walaupun 1 jam itu kira RM 10.55, tapi tak dikira sebagai RM 10.55 pun kalau kita OT. Sebaliknya ada tambahan 1.5 daripada per jam gaji.
so RM 10.55 x 1.5 = $$ baru darab dengan berapa jam kita OT.
Begitu…
salam tuan syed, kiranya minimum working hour utk kita kirakan gaji staff ni sejam la kan?
sebab staff sy keja kdg punch out 8 jam 15 minit la, 8 jam 29 minit la ade tu 8 jam 45 minit. ha cemano nk kira minit2 tu? kalau ikutkan sy dh tetapkan kiraan ikut jam je. klo nk ot ke kena genapkan ikut jam.
sebenarnya sy baru ambil pekerja, jadi masih belajar2 lagi cara bayar gaji yg betul.
Wasalam puan. tak tentu juga puan. sama ada mesti jam atau per day. tapi biasanya mudah per jamlah. so snagt bergantung kepada nature bisnes itu macam mana. Kalau staff saya yang buat kerja online untuk saya, memang asalkan kerja tu siap. saya bagi ja.
Kalau nak ikut per hour, mungkin setiap hari dia bekerja 8 jam sahaja. so maximum kiraan gaji mungkin sampai 8 jam sahaja. selepas itu dikira pro rate OT, atau dikira Halal. 🙂
terima kasih banyak2 atas explanation pasal gaji ni. moga rezeki abg syed shaff ni di murahkan.
alhamdulillah. terima kasih
Bang..kenapa saya xboleh nk guna calculator ni ya..dah xboleh guna ke?
Sorry Hakim, saya pun x pasti kenapa. tapi bagi saya sampai esok. saya akan betulkan balik
selalu saya kira gaji kat sini, kena dah tak boleh buka yang calculator tu?
ya, sejak dari pagi tadi jadi macam error. saya tengah setting2x balik ni. InsyaAllah esok OK. malam ni saya tengok
Terima kasih atas info yang bermanfaat
HI NAK TANYA KALAU STAFF BASIC RM1700, DIA CUTI 2 HARI
MACAM MANA NAK KIRA YE?
1700 tu kira untuk sebulan 30 hari ka atau setiap hari dalam sebulan. kalau mmg kira setiap hari dalam sebulan. contoh bulan tu ada 30 hari. mungkin boleh kira 28 hari sahaja di bahagian yang paling atas sekali. atau pun, kira sahaja semua macam gaji penuh. lepas tu, tolak sendiri 2 hari sebab tak bekerja.
betul juga ya, calculator saya ni tiada function untuk absent day. nanti saya fikirkan balik
Good morning Encik, saya nak tanya pasal ot public
Bisic saya 1500 kerja 26 hari/ so pembayaraan ot public saya bahagi 2 1500÷26=57.69… meraka hanya bayar ot saya Rm57 sahaja baki Rm57 tu meraka ckp dah termasuk dlm bisic saya yg Rm1500 tu ,sebab meraka cakap ot publlic tu dah termasuk dlm hari perkrjaan saya 26 hari betul ke pengiraan ot mcm tu
kira x cukup .69 sen ya. saya rasa mcm pernah kena juga kat saya ni masa kerja kilang dulu. ikutkan boleh la kita pertikaikan balik. tapi sy hari tu, redha je lah