Cara Nak Promosi Bisnes Dobi Layan Diri Anda..

Macam biasa setiap apa produk atau servis sekali pun, mesti la buat promosi, atau marketing supaya kita cepat dapat tournaround dan keuntungan selepas berapa puluh ribu modal dikeluarkan. Dan bisnes dobi layan diri ini pun memerlukan marketing nya juga.

Jangan harapkan, orang yang lalu lalang di depan kedai anda sahaja yang boleh nampak.

Register Business Listing

Ini benda yang paling penting dalam apa apa perniagaan sekalipun. Jangan lupa untuk register lokasi dan company anda di Google Map. Tujuan dia apa, supaya kalau ada yang mencari ‘kedai dobi ipoh’ ke, kedai dobi kulim, alor setar, butterworth ke apa. Nama kedai anda akan muncul dan pelanggan boleh datang.

Seperti contoh di bawah:

So nampak kan, Doby Ryma di atas sekali, di bawah nya Dobi JQ. Ini lah kelebihannya kalau kita register dengan Google Business ni. Orang akan lebih mudah nak cari lokasi kedai dobi di mana.

Serupa juga dengan kalau orang buat carian di google map seperti ‘ kedai dobi near me’. Ini pun akan menampakkan kedudukan kedai dobi kita juga.. seperti contoh saya buat di bawah

So jelas kan kepentingan. Kalau ada yang terfikir, kenapa Doby Ryma berada di atas, kenapa tak Dobi JQ? Sebenarnya, bukan setakat Doby JQ sahaja di bawah, mesti ada banyak lagi listing kedai dobi yang lain tapi tak berada di atas. Sebaliknya hanya Doby Ryma sahaja paling happy, sebab orang akan klik lokasi kedai Dobi Ryma ini dahulu.

Untuk tahu kenapa, dan cara nak buat ini macam mana, anda jangan khuatir dahulu. Saya akan kongsikan juga caranya di bawah. Biar saya habiskan teknik teknik promosi yang lain dahulu.

Sebab saya nak bagi overview nya dahulu, nanti baru kita pergi kepada topik promosi yang lebih detail berserta beberapa teknik nya.

Branding your name

Branding ni satu topik yang besar dan perlukan beberapa lagi perkara lain untuk saya cover. Apa yang pasti, anda mesti fikirkan bagaimana orang ramai boleh ingatkan nama kedai atau brand kedai anda berbanding dengan kedai lain.

Seperti yang kita tahu sekarang, antara brand yang popular ialah CleanPro dan juga Dobi Queen. Dan juga beberapa yang lain lah. saya pun dah lupa. So brand brand macam ni, biasanya akan menggunakan warna kedai dan sistem token atau syiling yang sama. Ini memang sudah pasti kan kalau brand ini ada buka cawangan di cawangan yang lain.

Buat group wasap/facebook page

Ini marketing yang paling senang sekali andan boleh buat untuk tarik pelanggan datang ke kedai. Manusia ni memang sewenang nya add mana mana group. So insyaAllah amat senang untuk anda dapat likers kalau namanya page anda bersifat focus pada satu satu penduduk. Contoh, page kulim info, tempat yang saya duduk sekarang. Memang sangat popular. Mana mana member saya pun ada jadi subscriber Kulim Info.

So, buat page cepat cepat ya.. kelebihan nya kalau anda buat fan page macam ni memang banyak. Dan benda ni pun ada sangkut paut dengan faktor kita seterusnya ialah ‘berikan servis terbaik’ di bawah..

Berikan Servis Terbaik

Pernah tak baca artikel atau sapa sapa cakap pasal tajuk ‘how to influence people’? pernah tak?

Saya sendiri, masa tak berminat langsung dengan perniagaan ni memang tak la kalau nak tahu dan faham ayat ni kan. Tapi bila saya sudah memang terjun dalam bidang ni, ternyata malumat tu sangat penting.

How to Inflence People – bermaksud, skills yang anda gunakan untuk pengaruhi orang. Maksud lain kepada pengaruhi tu boleh jadi macam macam, nak buat kan orang dengar cakap awak ke. Nak buatkan orang percaya, dan sekaligus untuk buatkan orang akan beli product anda ke. Nak kawal crowd yang besar, andai kata anda jadi pengerusi majlis ke apa.

Segala yang berkaitan dengan tindakan customer atau orang yang kita nak target lah senang cerita.

So, kalau anda perasan, artikel ‘how to influence people’ ni memang berlambak di internet, ibaratnya masing masing ada idea sendiri untuk buatkan orang lain ikut cakap diorang diorang.

Saya sendiri berpegang pada satu satu pendapat sahaja. kalau nak baca semua, memang tak habis.

Sebenarnya, topik branding dan topik untuk berikan servis terbaik ini, saya perlukan masa lama juga untuk terangkan. Kiranya cara untuk buatkan orang ramai suka akan perniagaan anda.

Tapi untuk setakat ni, cukup lah kalau anda faham, idea idea untuk berikan servis terbaik tu sepeti:

  1. Sediakan tempat yang bersih
  2. Pastikan mesin semua diselenggara dengan baik
  3. Anda responsif dengan panggilan dari customer yang menggunakan dobi, sebab takut takut ada berlaku kerosakan. Nanti jem pula baju diorang.

Dan beberapa lagi lah. untuk permulaan ni anda faham 3 perkara ini dahulu. Nanti kita akan perlu lebih detail untuk faham, bagaimana pendapat pendapat ‘how to influence people’ ni boleh bertindak sebagai pembantu perniagaan anda.

Bila kita dah follow prinsip ‘how to incfluence people’ tu kan, bila sesuatu tindakan yang kita buat, bukan sekadar pendapat yang tiada bukti sahaja. Malah ada yang scientifically proven. Kiranya, nak bagi tahu, punya lah penting prinsip ni pada perniagaan dan socialize kita.

Kalau kita tak ada kawan, atau nak ramai kawan pun boleh guna prinsip yang sama juga..

Turun kan harga kepada harga promosi

So teknik promosi begini, saya ada nampak dekat satu dobi yang amal kan. Memang murah lah, memang owner saja buat sebagai harga pengenalan.

Teknik bagus juga, sebab kita buktikan awal awal yang sistem dobi kita terbaik, dan selesa…

Summary

ikutkan pada ayat ayat saya di atas, saya ada hutang beberapa maklumat untuk bagi tahu anda dengan lebih detail kan?

iaitu:

topik branding – macam mana nak luas kan lagi dan yang kedua

topik ‘how to influence people’ – yang berkait sangat rapat dengan jualan dan servis terbaik yang saya kita mahukan semua pelanggan kita fikir dalam fikiran diorang.

so, saya hutang dulu, 2 benda ni, nanti saya akan bagi pencerahan nya kemudian hari….

Baik lah itu sahaja… Sekarang, saya nak kongsikan pula point di atas, kenapa Dobi Ryma boleh berada di atas, sedangkan dobi dobi lain yang juga ada di Butterworh berada di listing bawah? Sebab kita nak dobi berada di atas kan. So saya akan cakap mengenainya selepas ini….iaitu SEO