Adakah grab selamat
Tak terlampau selamat.
Seriau juga. Tambah lagi kalau kita termasuk masuk ke kawasan yang dalam dalam untuk ambil customer. Boleh ja depa cekup kita ramai ramai dalam kampung tu. Bunuh kita, duit dengan kereta kita kena sapu.
Ataupun, penumpang yang masuk, tiba tiba rodok kita dengan pisau di telinga. Sakitnya, MasyaAllah.
Apa apa itulah hidup didunia ni, memang kita tak boleh lari daripada jumpa orang gila.
Kita yang berusaha nak mencari rezeki ni yang diganggunya.
Untuk grab, ada beberapa cara untuk anda lebih pastikan perjalanan anda selamat!
- guna function disable location dalam grab, function ni tak adalah sempurna sangat, sebab saya perasan ada area yang kita tak boleh nak disable. Tapi functionnya adalah untuk bagi tahu pada grab, kita tak nak dapatkan apa apa job daripada satu satu kawasan ni. Dan function ni memang ada dalam grab.
- orang mabuk dan muntah dalam kereta, kalau saya memang saya tak drive malam. Sebab malas nak layan dengan orang mabuk, tapi saya pun macam tak berapa mahir drive selok belok kiri kanan tengah malam ni. untuk grab, memang ada bantuan khas sekiranya kereta anda dikotorkan oleh penumpang.
- anda boleh cancel, kalau rasa macam anda tak nak ambil satu satu penumpang ni, mungkin sebab namanya mcam pelek, atau locationnya entah ke mana mana, anda boleh sahaja cancel booking. Tapi memang akan efect rating. Saya setakat 2 minggu bawa grab ni, belum lagi saya cancel booking, alhamdullillah.