Ada Degree Tapi Kerja Kerani

image_pdfDownloadimage_printPrint

Adakah pelek?

Jawapannya TIDAK!!

Anda jangan ingat, belajar mechanical tapi kerja pun mesti agak teknikal, anda jangan ingat, belajar nursing, tapi akan dapat kerja jadi nurse bila kerja nanti. Sebab ia memang tak mungkin akan sama. saya sendiri, graduate tahun 2009 ni pun tak rasa kawan kawan saya yang study mechanical pun akan dapat kerja jawatan yang sama dengan apa yang kami belajar.

Antara yang lain:

  • saya sendiri, study mechanical, end up masuk dalam bahagian sales dan marketing
  • kawan saya belajar civil, atau awam, tapi jadi supervisor kilang
  • kawan saya yang study mechanical, tapi dapat polis lagi lah jauh melayang bidang
  • ada juga kawan saya yang study nursing, jadi technician kerja kilang
  • saya juga ada kawan yang degree chemical, tapi jadi promoter

Saya boleh kata, maybe dalam 50% akan berlainan dengan bidang yang kami semua belajar.

Adakah ini salah? adakah sistem pembelajaran negara kita salah?

Sudah pasti tidak.

Dan kalau ada yang cakap, belajar tinggi tinggi pun kerja level SPM juga. Kalau ini lah jawapan anda, jangan salahkan system pendidikan negara, tapi salahkan diri sendiri. Sebab tersangat sangatlah salah cara berfikir.

Kenapa saya cakap study degree, tapi kerja kerani itu tak salah?

Jawapannya, boleh jadi macam macam. Dan sebelum saya bagi contoh apa sebab kenapa study dan kerja itu tak selari cuba fikirkan dahulu, kalau apa yang anda study akan confirm dapat bila kerja?

So, katakan

  1. ali study mechanical, kerja jadi engineer
  2. angah study civil, jadi engineer buat jambatan contohnya
  3. study bahagian automatif, mungkin kerja dengan puspakom pula.

masuk akal kan? Itu yang anda fikirkan ya. Apa yang saya study, itu lah yang sepatutnya kita dapat kerja kan.

Sekarang, cuba bagi tahu saya, siapa pula yang study jadi cleaner?

Sumpah mampus tak nak kan?

Bukan itu sahaja, memang dunia ni tak akan jadi stabil. Sebab semua akan berpihak kepada yang bagus bagus ja. Semua akan berpihak pada kerja yang senang senang lah. Mujurlah Allah tu Maha Adil, Dia tahu nak letakkan segala yang sesuatu.

so itu dia, nombor 1 untuk sebab yang pertama – Dunia Akan Jadi Celaru

#2 Nampak Potensi Lebih di Bidang Lain

Saya Sendiri Pun Tak Nak Jadi Mechanical Engineer

Jadi ceritanya, saya sendiri pun tak nak.

Pening tau jadi engineer ni. Abang saya kerja engineer dan manager kapal minyak. Kalau kapal tu berlabuh, dan tak digunakan. Kira duk lepak tepi pelabuhan ja, memang nampak abang saya tu tak senang duduk. Kuli kilir rumah resah. Mana taknya, satu hari kos kapal berapa dah sewa.

So tanggungjawab memang besar untuk dipikul.

Lagipun, kalau contohlah saya kerja technician kilang sampai sekarang ni? Saya dah berhenti pun sebenarnya, August 2019(umur saya 31 tahun) adalah bulan terakhir saya kerja dengan orang. Sekarang saya banyak berniaga sendiri. So contohlah saya masih bekerja, dan berapa bulan bulan yang saya dapat?

Lebih kurang RM 4500 sebulan. Ini kalau OT, ada juga biasa cecah RM 5000 sebulan. Kalau OT.

Kalau tak OT, insyaAllah bersih boleh dapat dalam RM 2500 gitu. Ini pun baru masa umur saya 31, kalau sudah 10 tahun kerja. Mesti akan jauh lagi banyak. Sebab orang yang kerja shift di Kilang ni, memang gaji banyak sebenarnya. Cuma duit tak reti nak manage, itu nampak macam miskin.

Persoalannya!! Banyak memang banyak. Tapi takat mana banyak tu. Kalau saya nak umur sekarang ni, 32 tahun income sebulan RM 10 000 kerja dengan orang mampu tak? sudah pasti tak kan. Lagi hempas pulas kerja 12 jam lagi. Shift. Memang penat sebenarnya.

Tapi saya tak salahkan anda yang bekerja dengan orang lain, mahupun kerja kilang itu salah ya. Masing masing punya rezeki. Saya ada je kawan yang memang selesa dengan kerja kilang. tiada masalah.

Cuma hasrat hati saya mungkin nampak berbeza.

So kesimpulan no 2, mungkin seseorang itu nampak lebih potensi di bidang lain. Seperti juga kawan kawan saya yang kerja insurance. Pun lebat juga tu, saya pun ada satu client yang kerjanya bahagian investment. Memang masyuk. Tak pasti dia jurusan apa dahulu.

Dan percayalah, mana yang jadi bos bos sekarang ni. Dulu memang mereka tak plan pun untuk jadi bos. Tapi sebabkan exposure yang depa dapat tahu masa bekerja. Ia seperti macam buka pintu rezeki yang baru. So padanlah betapa banyaknya founder di Malaysia ni. Yang selfmade founder lah ya. Bukan dari perniagaan mak pak.

#3 Sebab Tak Nak Pening Kepala

Beza kerja kerani dengan engineer kan. So mungkin engineer tu tak nak pening kepala. Laki dia pula memang dah berduit. Kalau saya pun saya piih jadi kerani ja.

Macam saya katakan awal awal tadi, semuanya atas punca keadaan sendiri. Rezeki masing masing. Janji duit itu halal sudah.

Saya juga ada kawan yang memang dapat kerja dengan goverment ni. Jadi Cikgu Bahasa Inggeris. Tapi berhenti juga dan cebur diri dalam bidang yang sama dengan saya. Sales dan Marketing.  Umur kami pun sama.Tapi dia jauh lagi awal dari saya lah.

3 point cukup ya, yang membawa kita kepada suatu jawapan yang tak tersangka.

Kalau lah semua ini benar, kenapa pula kita mesti sambung belajar?

Jawapannya, kita sambung belajar bukan sebab nak dapat kerja. Tapi nak mematangkan diri. Allah Maha Adil, kalau ikutkan orang yang jual emas pun macam rugi. Bagi jual pencuci muka. Lagi banyak untung dan kaya raya. Jadi instafamous ka.

Tapi itu lah, Allah Maha Adil, di mana pun kita berada, Allah tetapkan dalam hati yang kita akan rasa berbangga dan puas hati dengan kerjaya kita sekarang. Kalau lah semua kita tak puas hati. Semua macam nak jadi macam orang lain, semua akan kembali kepada point pertama lah. Dunia akan jadi celaru.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

6 comments On Ada Degree Tapi Kerja Kerani

  • Thank you encik untuk insight camni. Saya baru abis study degree dlm mechanical engineering. Tengah masih mencari kerja, tp susah nak cari kerja berkait engineering untuk fresh graduate. Tapi saya fikir untuk try jadi operator dulu di kilang elektronik.

  • Assalam Tuan, rasanya berbaloi tak jika saya ada degree mechanical engineering tapi tak minat pun sbannrya, atas sebab nk cari duit saya kerja as operator sbb org kata kerja senang takde tekanan mcm engineer. Tapi kalau nk apply operator tu takut tak dapat pulak sbb da ada degree. Mohon pendapat tuan. Terima Kasih

    • Wasalam, insyaAllah dapat je tu. apa pulak susah nk dapat level spm bila kita ada level degree. sy cadangkan try minta technician je. tp sebenarnya engineer ni bergantung kepada jenis company juga. kalau macam kerja kilang semicon kan. satu engineer jaga 1 atau 2 jenis mesin je. so kerja x melampau lampau sangat. focus pada satu satu je.

  • Saya pun berfikir mcm tu juga tuan. Tapi ada tips tak utk diterima bekerja sbg operator sbb takut tak dpt je sbb da ada degree

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer