Nama pena saya, Syed Shaff. Saya sudah lebih 7 tahun bekerja dalam bidang Swasta. Saya graduated dari UMP, dalam tahun 2009, Diploma Mechanical Engineering. Dan sampai sekarang yang saya tulis ni, 2017. Sudah lebih 7 kilang saya duk tukar keluar masuk.
Gaji? Saya pernah dapat gaji RM 100 sahaja sebulan, sampai sekarang alhamdullillah RM 4000 sebulan bukan lagi mustahil.
Saya bukan riak, saya nak kongsi apa yang saya tahu, supaya anda tak susah macam saya.
Sikap Segelintir Orang Sekarang…
Biasakan, kita terdengar orang cakap, Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Juga Menganggur!
Ish Ish..Sadisnya ayat tu. Nampak sangat Dah Putus Asa Tanpa USAHA. Tak pun, yang baik sikit, Belajar Tinggi Tinggi Pun, Tetap Juga Buat Kerja Yang Biasa Biasa. Nampak mcam baik, tapi sama je sikap dua golongan ini.
Sebenarnya, nak cari kerja tu susah. Banyak betul preparation kena buat. Tapi susah yang bukan lah sampai tak mampu buat. Banyak je orang yang berjaya buat. Saya sendiri pun Alhamdullillah, dari menganggur, kerja tak tentu hala hampir 2 tahun. Akhirnya dapat juga kerja yang elok, yang setaraf dengan kelulusan saya.
Dan ini sebab lah saya dirikan Saya Share .com
Dengan SayaShare.com saya kongsikan tips dan pengalaman saya dari sediakan resume, cara saya prepare temuduga, sampai saya dapat kerja. Dari awal hingga akhir.
Bagaimana Saya Share Boleh Bantu Anda?
Apa guna saya buat blog kalau tak ada orang baca kan. Untuk bagaimana perkongsian saya ni boleh beri manfaat ( saya rasa lah ) pada anda adalah, hasil dari pengalaman yang saya REKOD dan jadikan sebagai penulisan dalam blog ni.
Susah tau nak cari kerja, kalau pergi open interview, contoh macam salah satu cerita saya ni, 800 orang depan biji mata. Nak Balik Blah ke nak Stay?
Kalau tak KUAT, memang dah lama blik tidur. Jadi orang yang kuat semangat, dan ada mentality yang betul sahaja yang stay. Dan ini yang saya kongsikan dalam blog ni.
Antara Artikel Yang Betul saya rasakan patut anda baca, insyaAllah boleh bantu temuduga ialah :
- Contoh contoh soalan yang lazim di tanya – saya dah kumpul kan dah soalan bocor temuduga. Tak kesah lah, untuk yang temuduga kerajaan atau pun swasta. Saya kumpulkan untuk anda.
- Contoh soalan yang susah nak di jawab pula – ini pun tak kurang juga penting nya. Kalau ditanya tanpa prepare confirm blur. Tapi kalau anda baca ni, insyaAllah boleh jawab dengan mudah
- Cara Perkenalkan Diri – ini antara soalan bocor juga, tapi yang dahsyat nya soalan ni confirm akan di tanya. Walaupun confirm akan ditanya, tapi masih ramai yang tak prepare dengan baik. Dalam artikel ini, saya kongsikan 5 bahagian cerita, yang patut anda kongsikan. Jangan cerita lebih lebih, cukup sekadar ringkasan sahaja.
Dan banyak lah.
Untuk anda yang betul betul nak tahu tips temuduga, saya sudah rankumkan semua nya ni Panduan Lengkap Temuduga. Panduan ni saya buat berjam jam juga. Termasuk nak sediakan blog ni, lagi lah berjam jam. Tak minta bayaran pun. Hanya rajin kan membaca sahaja.
Ini dia, Panduan Lengkap Temuduga sekali lagi,
Kalau ada apa masalah, boleh hubungi saya di sini.
Oh ya..
Selain daripada tips temuduga. Saya juga kongsikan lagi satu topik penting untuk kita yang dah habis belajar. Mesti nak kan asset dan harta kan.
Kereta, Rumah..
Pendek kata, cara nak dapatkan rumah pertama.
Cara nak kawal perbelanjaan. Cara nak buat permohonan personal loan anda berjaya. Atau pun personal loan yang paling cepat di process. Ada juga saya kongsikan di sini. Apa apa pun, selamat browsing ya.