Saya lama dah sebenarnya nak siapkan panduan daftar grab driver ni, tapi susah nak dapatkan maklumat sebab banyak yang share separuh separuh. So tadi, selesai sudah proses pembelajaran saya.
Tadi juga siap dua trip yang pertama saya buat sebagai driver grab. Sajalah nak buat grab, sementara tunggu komisen jadi agent hartanah. Dan paling penting, saya dapat sediakan artikel ini untuk panduan orang lain pula kalau nak daftar jadi grab driver.
Jadi untuk dalam panduan ini saya nak kongsikan 4 perkara:
First Panduan Untuk Siapkan butiran – lebih kepada maklumat, butiran, syarat syarat yang anda perlukan sebelum apply untuk buat grab. Saya tak nak campur dengan cara daftar, nanti jadi pening, walaupun sebenarnya simple sahaja. |
Ke-2 Cara Nak Apply Grab Driver – Step ni mudah sahaja, kita dah ada semua document, sekarang cuma perlu isikan dalam app grab driver sahaja. Atau anda boleh contact agent grab untuk tolong daftarkan. |
Ke-3 Cara nak drive grab buat kali pertama – tadi pun ada benda yang saya tersilap. Sebab ada caranya bila kita nak gunakan app driver grab ni. Saya akan kongsikan dalam bahagian ni. |
Ke-4 Cara nak maksimakan keuntungan grab dan rancang kewangan – yang ni saya tak buat lagi, sebab baru hari pertama saya buat tadi. Itu pun baru tak sampai 1 jam saya dah mengantuk, then saya balik lah rumah tidur. |
Sebelum kita mula, saya nak kongsikan juga bukti, screenshot tadi saya buat grab.
So itu dia, baru dua trip tadi buat. Lepas tu saya rasa mengantuk and saya balik. Masa nak mula drive ni saya nervous juga, dengan kereta pun tak kemas lagi. Pagi dalam pukul 10 macam tu saya hantar kereta pergi carwash dulu. Dan dalam lepas zohor cadangnya baru buat.
Trip pertama memang nervous, sebab baru kali pertama kan. Memang tak lama pun saya tunggu, rasanya dalam 100 meter sahaja daripada rumah, sudah dapat 1st trip. Cuma yang saya sakit hati, kedua dua trip yang saya dapat ni, penumpang semuanya di belakang saya. Maksudnya saya kena u turn pula pergi ke penumpang.
Untuk earning 2 trip ni. Trip pertama saya grab charge penumpang RM 8, saya dapat RM 6.40. Trip kedua, dekat sahaja, penumpang kena bayar RM 5, lepas tolak dengan grab, saya dapat RM 4.
First – Siapkan Butiran
Baik, sebelum anda install Grab Driver app, better siapkan butiran ini dahulu. Nanti kita akan install kemudian di Step Kedua. Dan untuk butiran yang anda perlukan ialah:
- kena buat medical checkup
- ambil kelas PSV / E – hailing
- lesen e hailing
- geran kereta
- roadtax kereta
- Gambar Cover Note Insurance yang tertera nama anda,plate kereta,tahun dibuat,tarikh tamat insurance
- jawab soalan grab academy
Ikutkan, ada lagi lain daripada 7 perkara atas ni. Tapi tak apa, kita sediakan yang 7 ini dahulu, sebab yang ni paling susah sediakan kalau tiada. Yang lain lain, seperti muka kena selfie, ic depan belakang, lesen e hailing depan belakang, memang kita boleh sediakan on de sport sahaja.
Saya dah senaraikan 7 perkara tadi, sekarang ni saya kongsikan pula cara nak dapatkannya satu persatu.
kena buat medical checkup
Yes, medical checkup kena buat dulu kena buat dekat Klinik terpilih sahaja. Boleh call dulu tanya, samaada klinik berdekatan boleh buat medical checkup untuk ehailing atau tidak.
Kosnya saya kena hari tu rasanya dalam RM 80.
Kalau tak silap, anda boleh pergi Grab Center, boleh check di Google Map. Bila pergi ke grab center, grab center akan bagi tahu klinik panel mereka. Kiranya kos RM 80 untuk medical checkup ini akan jadi murah, dalam RM 30 sahaja saya dengar cerita.
Untuk borang, anda boleh dapatkan borang ni di JPJ, bahagian kaunter EHailing. Bukan kaunter untuk renew lesen kereta mcam biasa ya. Sebab macam saya pergi tempat buat kad ehailing di bangunan lain. Untuk di tempat saya Taiping inilah, di tempat lain saya tak pasti.
Ataupun, anda boleh download borang medical check up ehailing tu secara online. Ataupun boleh minta dekat agent grab driver di Facebook. Boleh PM depa tanyakan borang medical check up.
ambil kelas PSV / E – hailing
lepas siap medical check up, anda bawa pergi pergi ke Tempat Latihan Memandu untuk ambil kelas PSV.
Lama ni, dalam 6 jam. Seperti juga macam kita nak ambil mula mula kelas lesen motor dan kereta dulu.
Cuma sama ada, ada test atau pun tidak sahaja.
Macam yang saya ambil hari itu, memang tiada test. So kita dengar depa cakap apa, dan terus boleh ambil sijil.
Kos untuk ambil ni ialah RM 200.
Pastikan anda tanya pusat pemandu ni awal awal, sebab training E Hailing ni bukannya selalu macam ambil lesen biasa. Boleh jadi 1 bulan 2x, 2 bulan sekali. Jarang jarang dibuat. Tanya dahulu, supaya tak terlepas. Nanti bila terlepas, lama pula kena tunggu.
Masa Pusat Memandu serahkan Sijil PSV E Hailing ni, pastikan dia bagi juga document medical check up yang kita bagi pada depa sebelum ni. Sebab document medical check up ni kita kena ada untuk buat lesen e hailing pula nanti.
Ini contoh, sijil psv ehailing saya, dan dibelakangnya ada document medical check up
lesen e hailing
Seterusnya Lesen Ehailing, contoh yang saya maksudkan lesen ini ialah macam gambar bawah ni.
Lesen ni, kalau nak buat tu sekejap sahaja. Kena pergi JPJ, cuma sebelum kena pergi buat, kita perlukan dua document yang atas tadi. Sijil Kehadiran PSV E Hailing yang kita dah pergi, dengan result medical check up yang kita dah buat tadi.
Ikutkan anda kena bagi gambar juga, so kalau ada gambar saiz lesen boleh bawa sekali. Atau kalau tiada, macam saya hari tu, saya tangkap disitu juga. Memang JPJ ada sediakan untuk servis untuk tangkap gambar, cuma kena bayar lebih sahaja.
geran kereta
Untuk kes saya, geran kereta ni sepatutnya ada ja, tapi saya punya dah hilang entah mana perginya. Bawah ni contoh geran kereta kalau tak tahu macam mana.
Untuk yang memang ada geran kereta kira cantiklah. Kalau tak ada, boleh pergi ke JPJ untuk dapatkan balik geran. Atau macam saya hari tu, JPJ suruh pergi ke Mesin Kiosk. Mesin tu charge saya RM 50.
Mesin Kiosk ni macam mesin kita keluarkan penyata KWSP sahaja. Boleh minta orang tepi tepi itu tunjuk cara nak guna. Sebab di JPJ ni memang banyak agent agent insurance dan roadtax.
Roadtax kereta
Untuk road kereta, kalau memang roadtax hidup lagi, boleh terus snap sahaja. Untuk saya hari tu ada isu sikit, sebab road tax saya dah mati. Nanti saya ceritakan.
Gambar Cover Note Insurance
Mesti tertera nama anda,plate kereta,tahun dibuat,tarikh tamat insurance.
Bila anda beli insurance kereta, memang akan dapat copy policy insurance anda dapat bentuk PDF. Kalau tak ada, boleh minta dekat agent yang anda daftarkan tu. Saya tak boleh nak tunjuk, sebab ada butiran semua.
Alright, kita dah selesai dengan 7 perkara atau item yang kita perlu ada, sebelum pergi ke Step seterusnya. Cuma sebelum kita pergi, saya nak jelaskan pasal insurance dan roadtax kereta sekejap.
Berkenaan Dengan Insurance Kereta dan Insurance Grab
Bila kita buat grab, memang akan ada insurance jenis ehailing yang kita kena ambil. Kita boleh ambil per day atau pun per year.
Kalau biasa kita beli insurance dan roadtax dalam RM 900. Kalau tambah dengan insurance e hailing untuk per year, boleh jadi kena tambah daripada RM 200 ke RM 400. Maksudnya boleh jadi total insurance dan roadtax kereta anda dalam seribu lebih.
Untuk saya, saya ambil yang per day sahaja. 3 ringgit sehari. Maksudnya, setiap kali nak start drive saya akan start beli RM 3 ni. Sebab saya buat ni part time sahaja, bukan buat tiap tiap hari.
Timbul isu, bolehkah kita guna company insurance yang berlainan?
Mungkin anda subscribe insurance etiqa untuk kereta, tapi daily nak ambil Zurich, sebab 1.33 sahaja. Kalau macam ni, ikutkan grab center bagi tahu TAK BOLEH. Kita mesti guna sama. Kalau beli insurance Etiqa, mesti beli daily yang 5 ringgit, andai kata tak ambil tahunan.
Kalau macam kes saya, saya ambil insurance kereta kurnia, so daily saya akan jadi 3 ringgit. Insurance ni dia akan detect automatic masa kita mula nak start drive nanti.
Seterusnya kita pergi ke step 2, cara nak daftar pula.
First Panduan Untuk Siapkan butiran – lebih kepada maklumat, butiran, syarat syarat yang anda perlukan sebelum apply untuk buat grab. Saya tak nak campur dengan cara daftar, nanti jadi pening, walaupun sebenarnya simple sahaja. |
Ke-2 Cara Nak Apply Grab Driver – Step ni mudah sahaja, kita dah ada semua document, sekarang cuma perlu isikan dalam app grab driver sahaja. Atau anda boleh contact agent grab untuk tolong daftarkan. |
Ke-3 Cara nak drive grab buat kali pertama – tadi pun ada benda yang saya tersilap. Sebab ada caranya bila kita nak gunakan app driver grab ni. Saya akan kongsikan dalam bahagian ni. |
Ke-4 Cara nak maksimakan keuntungan grab dan rancang kewangan – yang ni saya tak buat lagi, sebab baru hari pertama saya buat tadi. Itu pun baru tak sampai 1 jam saya dah mengantuk, then saya balik lah rumah tidur. |
Sebenarnya, cara nak daftar ni ada dua.
- sama ada guna app grab driver
- atau pun minta agent grab daftarkan.
Saya rasakan, kalau kita minta grab agent yang daftarkan lagi senang. Grab Agent ni anda kena cari kat facebook. Ataupun mungkin kalau pergi kat center depa boleh daftarkan.
Kalau dekatlah, untuk saya di Taiping ni tak ada. Terpaksa pergi ke Ipoh, atau pun ke Penang, belah pulau.
Sebelum anda mula isi, saya nak tunjukkan dulu butiran yang biasa agent grab akan minta, dan anda sediakan.
Jika Berminat Sila Berikan 7 Gambar Seperti Dibawah???????? 1. Gambar Selfie Tanpa Cermin Mata,Topi Atau Songkok. (Bahagian Muka) 2. Gambar IC (Depan dan Belakang) 3. Gambar lisence (depan sahaja) 4. Gambar lisence PSV (Depan dan Belakang) 5. Gambar Cover Note Insurance yang tertera nama anda,plate kereta,tahun dibuat,tarikh tamat insurance 6.Gambar Grant Kenderaan 7.Gambar RoadtaxIsikan butiran dibawah1. Nama Penuh :2. Gmail (Playstore) :3. Kad Pengenalan : 4. Alamat : 5. Hp No : 6. Tarikh tamat lesen : 7. Model Kereta : 8. Tahun Pengeluaran : 9. color : 10. Bank Acc No ? : 11. Jenis Bank : 12. Nama kenalan Kecemasan : 13. Nombor HP kecemasan : 14. Hubungan dengan kecemasan : 15. Alamat kecemasan : |
Jelas? Mudah sahaja kan.
Atau kalau nak register sendiri dalam app pun boleh.
Pastikan anda download app grab driver dulu, lepas tu register guna email sahaja, dan boleh mula isi ikut pada document yang kita dah sediakan tadi, dan ada lagi beberapa maklumat lain yang perlu.
Bawah ni contoh yang saya dah isikan separuh. Tapi tak submit pun, sebab saya submit dengan agent grab. Macam lagi mudah. Senang juga nak tanya apa apa.
Dan bila dah submit, sepatutnya akan dapat paparan macam bawah ni. Paparan macam bawah ini juga untuk anda yang minta agent grab daftarkan. Cuma kalau daftar sendiri, kita akan buat proses pendaftaran dari awal, kalau minta agent grab daftarkan, anda akan terus nampak paparan step nak approve macam bawah ini sahaja, tanpa perlu isi dan upload apa apa document dalam app grab driver.
Untuk kes saya, ambil masa dalam 8 hari. Dan bila dah approve, paparannya atas seperti dibawah ni.
Seterusnya part ke 3, Cara Nak Mula Drive Kali Pertama
Cara Nak Mula Drive Kali Pertama
Dan bila anda nak mula drive, perlu buat dua perkara sebelum bertolak.
- kena topup credit e wallet dalam app grab
- dan juga kena beli Daily Insurance yang saya cakapkan dia atas tadi.
Untuk topup credit e wallet, boleh beli pin di 7E, atau anda boleh sahaja buat guna app grab driver ini juga, dengan pergi ke bahagian Grab Benefit. Caranya mudah sahaja, anda perlu godek godek sikit bahagian profile.
Topup eloknya RM 50, tapi minimanya dalam RM 10 kot.
Tujuannya, duit ini akan dipotong untuk bayar daily insurance tadi. Dan lagi satu grab agent bagi tahu, kalau kita tak masuk banyak, nanti susah nak dapat penumpang. Itu sebab saya letak RM 50, walaupun minimanya RM 10 atau RM 20.
Untuk bayaran daily insurance tu saya tak boleh nak tunjuk sebab saya tak rekodkan pun. Tapi mudah sahaja, sebab popup bayar insurance tu sudah automatic terkeluar.
Tapi sebelum bertolak, sekarang masa ambil penumpang pula. Sebab saya ada benda yang tersilap.
Bila anda dah ready, mungkin kereta dah cuci, duit syiling ready, duit seringgit seringgit paling penting dan anda tekan button turn on pada app, pastikan anda ikut step macam bawah ni untuk ambil dan hantar penumpang.
Pastikan anda beli tempat letak telefon di DIY juga. Jangan pegang telefon masa drive, boleh kena saman.
Step 1 – Turn On
bila dah ready untuk start jalan, boleh tekan turn on. dan bawa kereta macam biasa tanpa arah tujuan yang pasti. |
Step 2 – Penumpang Masuk
anda akan dapat signal atau popup dalam app. anda tengok paparan app untuk tengok titik penumpang di mana. kiranya kenal pasti dulu. |
Step 3 – baru tekan button navigation
bila tekan button navigation dalam app grab, akan keluar google map pula untuk tunjuk jalan ambil penumpang. |
Step 4 – bila dah sampai, mesti tekan button “arrived’
pastikan tempat yang anda berhenti ambil penumpang tu tempat yang selesa untuk parking, jangan parking tengah jalan dengan alasan cepat sahaja penumpang masuk. Sebab kita baru lagi ni, nanti ngelabah. Cari tempat parking kereta yang sesuai dulu. dan tekan button arrived dalam app grab. penting ya, tekan button arrive ni. |
Step 5 – tekan button pick up pula
lepas penumpang dah masuk, anda tekan button pick up pula. bila dah tekan, klik button navigation dalam app grab untuk buka google map pula. so ikutkan mana google map tu pergi untuk hantar penumpang tadi. |
step 6 – tekan button drop off
bila dah sampai ke destinasi, tekan button drop off pula. dan lepas tekan button drop off baru anda akan dapat kos yang penumpang perlu bayar. selesai. |
6 Step ni memang nampak serabut, rasa macam banyak pula. Tapi percayalah, lepas keli pertama buat, kali kedua tu macam OK dah.
Sekian, itulah ceritanya.
Nanti ada masa saya buat yang no 4 pula, cara nak maksimakan income grab pula
Untuk sekarang, saya nak kena buat lagi 28 trip. Sebab kalau di Perak, lepas saya selesai buat 30 trip saya akan dapat RM 300. Grab pulangkan sebab kita dah belanja semua kos masa medical checkup dan bayar PSV semua. Ok lah kan.
Salam