Medical Card Paling Murah

image_pdfDownloadimage_printPrint

Prudential VS AIA

Insurans memang penting, tiada siapa boleh nafikan. Walaupun level tension, menyampah dengan rakan agent insurans duk promote tak berhenti makin lama makin bertambah.

Tapi memang kita tak boleh nak nafi atau kata yang insurans ini kalau ambil merugikan.

Cuma kebanyakan orang akan fikir negative, rugi sebab bayar setiap bulan, tapi bukannya  sakit pun. Tapi itulah, kalau kita pula harapkan sakit setiap bulan untuk kita claim insurans, tak sanggup pula rasa nak terseksa menahan sakit.

So kesedaran untuk kita ni perlukan plan insurans bersama dengan medical card terbaik sepatutnya tak perlu, sebab memang kita sudah jelas pun akan kepentingan adanya pelan insurans.

Cuma, ada tak bayaran insurans atau medical card bulanan yang lebih murah?

Jawapannya, TIADA

Anda boleh cuba survey sendiri di setiap policy life insurance yang popular di Malaysia, antaranya Great Eastern, Prudential, AIA, Tokio Marine, Zurich, Manulife, AmMetLife dan Etiqa.

Mungkin ada lagi yang lain, tapi saya pilih yang 8 ini sahaja sebab ramai kawan kawan saya yang agent joint hanya ini sahaja. Ataupun saya biasa dengar.

Saya boleh kata, policy, dan monthly cost lebih kurang sama sahaja.

Kawan saya yang ambil Prudential pun dapat layanan terbaik sebab anaknya berkali kali admit hospital masa awal awal kelahiran.

Atau pun bos saya sendiri yang sakit saja, terpaksa admit, pun berpuas hati sebab dijaga dengan baik oleh AIA.

Saya terpaksa guna contoh orang lain, sebab wife saya memang pemegang policy AIA, tapi dia ni jenis jarang sakit. Belum pernah lagilah demam teruk sangat sepanjang kami bernikah hampir 5 tahun ni.

Apatah lagi sampai nak admit.

So, saya ulang suara, walaupun sebenarnya saya tulis. Medical Card di Malaysia ni tiada banyak bezanya sangat kalau anda banding dari segi harga. Cuma ia akan jadi murah, atau lebih berpatutan kalau anda ambil awal.

Mungkin awal 20an contohnya, banding dengan umur dah 35 baru nak ambil. So memang akan ada perbezaan ketara darisegi harga bulanan yang anda perlu bayar.

Option Terbaik

Tapi ada satu pelan ini yang bulanannya tak sampai RM 50 dan boleh cover up to 1 million dalam masa setahun.

Ini bukan pelan yang tiba tiba bank call promosi kepada anda ya.

Actually apa yang saya nak cakapkan not even insurans. Tapi sebaliknya ia lebih dikenali sebagai ‘perkongsian cost insurans’.

Seperti contoh kes yang baru berlaku bulan lepas, iaitu kes yang ke 55

Details.

Kes ini berlaku di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Pesakit seorang perempuan, berumur 27 tahun ( 2021 ). Ikutkan result diagnosis dalam dashboard membership noted as NERVE RELATED ISSUE (SPINE).

Tak pasti kalau lebih detail bagaimana, tapi yang berkaitan dengan kesakitan tulang belakanglah.

Actually, sebagai member kepada policy ini, kita memang boleh nampak nama dan beberapa detail yang lain. Tapi bukanlah nama penuh, dan jenis tuntutan pun kami tak dapat yang tersangat sangat detail untuk menjaga privacy pesakit.

Tapi rasanya, tak perlu dah maklumat kita tahu kemanalah perginya duit yang kita bayar setiap bulan TERJAWAB.

Ini antara kelebihan utama program inilah, kalau anda subscribe insurans lain, anda bayar bulan bulan, kita sendiri pun tak tahu duit itu pergi kemana. tapi dengan program yang saya tengah kongsikan ini, anda jelas kemana duit itu pergi, dan berapa yang anda perlu bayar.

Kalau kita tengok kes yang ke 55 ni, kalau saya yang jenis merokoknya ini hanya RM 12.46 sahaja.

Nanti kalau anda join, mungkin 5 ringgit sahaja untuk kita bantu pesakit seperti kes 55 ini.

Actually, perbelanjaan RM 36034.82 bukan untuk satu pesakit sahaja, malahan ada 9 kes kesemuanya untuk tarikh 25/05/2021 – 24/06/2021.

Tapi saya sengaja tak senaraikan semua, nanti anda boleh lihat sendiri.

So? Kenapa Masih Lagi Bayar Premium?

Ok, seperti yang saya katakan tadi ini bukan seperti policy insurans yang anda bayar atau dengar dari pakej pakej seperti AIA atau Prudential dan sebagainya.

So selain daripada dua kelebihan yang paling utama iaitu:

  1. bulanan yang dibawah RM 50
  2. kita tahu kemana duit kita dibelanjakan

Program ini juga ada kekurangannya.

Dan untuk pengetahuan anda juga, program ini not even apply pun sebagai insurance agency pada Bank Negara. Sebab ia hanyalah perkongsian medical cost kepada member yang terlibat.

So, kalau anda memang mampu bayar banyak bulan bulan, dan tida rasakan ia sebagai satu masalah yang besar, memang anda tak perlu join pun program ni.

Tapi kalau anda rasa, aduh masalahnya untuk maintain bayar RM 200 ke 300 sebulan. Anda sangat sangat digalakkan untuk join program ini. Atleast kita ada protection walaupun ia tak sebaik membayar premium.

Nanti, saya akan kongsikan kekurangan program ini, tapi sebelum itu, saya nak kongsikan juga contoh program seperti ini di luar negara.

Program Seperti Ini di Luar Negara

Kalau anda rasa pelek, atau macam tak percaya, memang pun. Even saya sendiri pun tak sangka ada program seperti ini. Tapi di Malaysia memang kita akan rasa pelek, sebab program ini pioneer.

Tapi kalau di luar negara memang dah banyak sangat dah. Kita ambil contoh di America sahaja. America sahaja ya, tak termasuk negara lain, di America sahaja ada.

Antaranya ialah Medishare, Christian Healthcare, Samaritan dan Liberty HealthShare. Anda boleh rujuk senarainya di wellkeptwallet, ataupun di kitces.

Offer

Baiklah, itu sahaja. So sekarang adakah anda berminat dengan program ini? Kalau ya, boleh isikan email dibawah, saya akan kongsikan satu video penerangannya lebih detail. Kelebihan dan kekurangan juga saya akan ada kongsikan dalam video itu.

Ingat ya, ini adalah option terbaik untuk mana kawan kawan kita yang bukanlah nak kata mampu, tapi mungkin bukan keperluan lagi untuk tempoh terdekat, tapi dalam masa yang sama, nak juga rasa secure seperti mereka yang pemegang policy premium.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

3 comments On Medical Card Paling Murah

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer