Point Ke 2 ialah…

image_pdfDownloadimage_printPrint

Resume yang nampak smart, cantik sahaja tak guna kalau cara tulisnya tak betul. Secara ringkasnya, bila kita buat ayat dalam resume, ada 3 benda yang secara tak langsung sebenarnya kita akan cuba dapatkan.

  • bagaiamana untuk buatkan ayat yang menarik perhatian dan focus MAJIKAN untuk baca. 
  • pastikan setiap ayat yang anda hasilkan bertujuan untuk menaikkan prestasi  dan personality diri.
  • pastikan anda refer requirement kerjaya yang nak dipohon, jadikan sebagai main point resume yang anda nak hasilkan..

INGAT!!!
Ayat yang anda tulis, bukan setakat buatkan orang suka nak baca, malah diorang pun rasa kagum dengan kelebihan yang anda ada.

JANGAN RISAU, mudah sahaja, tak perlu perah otak sampai jadi brain cancer pun.

Kita guna formula sahaja… Saya kongsikan contoh dahulu, nanti saya bagi tahu apa yang saya maksudkan pada contoh ayat 1 di bawah.

Contoh Ayat 1:

I have experienced in handling lathe machine

ok tak ayat ni? ok la kan. tapi tahu tak, ayat macam ni kalau 800 resume dihantar, hampir semua akan guna ayat yang sama? sama juga dengan point objective, berapa ramai orang guna ayat yang sama macam resume sanjeev bawah ni?

Sekarang, saya nak tunjuk macam mana contoh ayat 1, saya boleh ubah jadi nampak lebih baik..

Contoh Ayat 1 Terbaru

I have experienced handling lathe machine to produce XXXX shape

ok tak? sorry lah kalau tak jelas maksud saya. Motif nya, setiap kali anda kongsikan kelebihan, pastikan korang masukkan result daripada kelebihan itu juga. 

Kenapa perlu macam ni? sebab ia memang sudah menjadi motif utama setiap company. Kelebihan, semua orang ADA, tapi jenis kelebihan dan jenis pengalaman tu lebih berharga. Saya bagi lagi beberapa contoh yang lain untuk jelas kan lebih lagi maksud saya..

I have experienced working in semicon industry from bare wafer until assembly line.

Yang atas ni pun OK juga. Nampak juga cerdik nya kan. Tapi anda kena ingat. Setiap kali anda tulis mana mana perkataan dalam resume, pastikan anda get ready dengan para interviewer yang cuba nak kondem atau sangkal atau nak anda buktikan apa yang tulis dalam resume tu betul.

Maksud saya, jangan kencing sampai hancing. tus tus sudah lah..

ok, kita pergi contoh ke 3 pula.

I have 3 years experienced handling XXX machine

Anda tahu tak, kalau setiap kali anda gunakan nombor untuk menyampaikan sesuatu maklumat, ia akan buatkan orang yang baca tu lebih mudah tangkap/faham? so kenapa tak applikasikan nombor sehabis baik. saya bagi lagi contoh yang berkaitan dengan nombor ..

I am able to increase production output up to 202%, even with same work force

Alright? kalau saya tulis point point dalam resume, saya suka gunakan beberapa ayat yang melibatkan nombor. Tapi itu lah, macam saya cakap tadi. Kalau anda tulis apa apa kat resume ni, pastikan anda boleh jawab dan boleh buktikan

Ada juga idea saya buat resume, mana mana point dalam resume yang menampakkan saya ni bagus, dan memang dalam kepala otak saya untuk memang tak sabar dan yakin sangat untuk jawab, BIASA NYA SAYA AKAN BOLD KAN AYAT TU, UNTUK BAGI INTERVIEWER NAMPAK DAN TANYA SAYA.

Boleh la saya berlakon POWER kan.

Alhamdullillah, kita dah sampai ke point ke 2. Sekarang point 3 ialah anda mesti jelas dengan WORK FLOW…

Kita pergi ke point no 3 – Ketahui Workflow Cari Kerja

Recap.

Pertama – Mula mula tadi, saya bagi tahu, resume tu penting untuk kita buat nya cantik cantik sikit.

Kedua – resume cantik, tak guna, tapi kalau tak tulis dengan betul.

Ketiga – iaitu apa yang saya akan kongsikan lepas ni ialah, WorkFlow Cari Kerja

 

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer