Kenaikan Gaji Tahunan – 3 Perkara Yang Saya Nak Kongsikan

image_pdfDownloadimage_printPrint

Salam semua, ikutkan pada objektif utama ialah untuk perkenalkan pada adik adik yang di level SPM akan suasana kerjaya. Hasil daripada artikel utama yang sudah, iaitu Hala Tuju Selepas SPM, saya ada nak kongsikan 5 perkara di bawah. Dan di dalam artikel ni, adalah tiba turn artikel kedua, iaitu:

  1. Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari
  2. Berapa gaji yang akan dapat
  3. Dan terakhir cara untuk dapatkannya..

Panjang sebenarnya kalau saya nak kongsikan satu satu ni, insyaAllah dalam masa terdekat saya akan buatkan satu video untuk lebih mudah saya kongsikan.

Untuk kenaikan gaji tahunan ia bergantung kepada banyak perkara, antaranya:

  1. Bergantung kepada swasta atau gov
  2. Bergantung kepada company yang anda kerja itu sendiri, sama ada besar ke kecil ke, product apa. Ccompany jual minyak mesti la lebih sikit, banding dengan company jual besi kan.
  3. Benefit dan policy company juga… kalau dapat promotion, ada company yang bagi gaji 2x juga.
  4. Dan level belajar, diploma ke degree ke. SPM ke, sijil ( sijil lebih kurang macam diploma )

Pendek cerita,

Kalau anda kerja dengan swasta,

Kenaikan gaji nya untuk diploma dalam 100 hingga 200. Bergantung kepada range ini kebiasaannya. Saya tahun lepas naik RM 82 sahaja. haha

Dan memang ada yang lagi rendah…

Kalau degree, mungkin dalam 200 – 300. Saya tak pasti sangat yang ni.

Untuk goveremnt, kenaikan agak tetap.

Contoh macam wife saya, dalam RM 250 untuk level degree. Juga bergantung kepada department apa.

Kalau diploma, dalam RM 150.

 

Berbalik kepada 3 perkara yang saya nak kongsikan di atas.

  1. Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari
  2. cara untuk dapatkannya.. ( saya letak no 3 jadi no 2 lah, nampak sikit jalan ceritanya )
  3. Berapa gaji yang akan dapat

 

Berapa Jumlah Pendapatan Yang Anda Harus Cari

Jawapannya ialah:

RM 1000 – Bujang – tiada kereta, hanya motorsikal sahaja

RM 1700 – Bujang – kereta ada, motorsikal pun ada

Macam mana cara saya kira? anda boleh rujuk artikel saya lagi satu di sini, Berapa Ribu Nak Gaji Sebulan

Untuk permulaan, mungkin dalam 2 atau 3 tahun kerja, anda perlukan seribu sekurang kurang nya sebulan. Selebihnya, boleh la simpan kalau dapat gaji lebih.

Dan selepas beberapa lama contoh nya, bila sudah ada kereta. Anda perlukan RM 1 700 sekurang kurangnya. Dan selebih nya boleh buat simpanan.

Untuk berapa target simpanan, nak simpan berapa sebulan, nak simpan berapa setahun, dan selepas anda simpan tu nak beli apa pula, kereta ke, lorri ke, nak belanja kahwin ke, itu semua belakang cerita ya. Motifnya sekarang, kita kira berapa yang paling minima perbelanjaan yang perlu sahaja.

Dan sekarang, kita pergi ke point no 2, iaitu…

Cara Untuk Dapatkannya..

Sudah semestinya kena kerja lah kan, tapi jawapan yang paling awal anda boleh buat ialah ‘sambung belajar’. Kiranya lepas SPM, jangan terus kerja. Sebab gaji sikit, sambung belajar dahulu. Atleast diploma, dan baru lah start kerja.

Sebab..

Lagi tinggi level anda belajar, lagi tinggi lah gaji bila anda kerja nanti.

Andai kata, dapat join company company yang betul betul best lah.. sebab ada juga company yang baru nak start, company cikai2 pun ada.

Di bahagian ketiga nanti, saya akan kongsikan lebih detail akan berapa gaji yang anda dapat. So boleh lah target target, berapa gaji yang anda akan dapat untuk study sampai SPM, Diploma, dan Sarjana Muda tolak dengan keperluan yang kita kira samada ada RM 1000 atau RM 1700 tadi.

So dari situ, boleh lah target target untuk dapatkan simpanan berapa dan untuk beli apa..

Tapi untuk permulaan yang ringkas di bahagian 2 ni, saya nak kongsikan sikit sahaja tentang gaji untuk kita tally kan dengan berapa pendapatan yang perlu kita cari.

Kenapa saya suruh sambung belajar?

Sebab kalau anda level SPM dan terus kerja, basic yang anda akan dapat bulanan ialah RM 1000 sahaja. Mungkin lebih rendah.

Walaupun ada kenalan saya yang gaji sampai RM 2 000 ( lebih kurang dari RM 1500 – RM 2000 ) walaupun level SPM. Tapi itu adalah tambahan daripada OT. Kerja overtime. So, bukannya tiap bulan kita rajin nak buat OT. Kerja anda pun anda nanti akan lebih kepada jalan kan product sahaja.

So tak mencabar lah kan. Biasa lah, gaji kurang, maksudnya tanggungjawab pun nampak less sedikit. walaupun saya akui, dalam satu organisasi company, semua orang penting, termasuk cleaner sekali pun.

Sebab masing masing ada perasan sendiri..

Kalau sambung belajar, basic yang anda akan dapat bila terus kerja ialah RM 1500.

Bergantung kepada company dan area mana. Kalau di Ipoh, lebih kurang dalam RM 1250 untuk kilang Semicon, macam Carsem, Unisem, Finisar semua tu. kalau kilang yang macam Tasek Cement contohnya, mungkin diorang akan bagi dalam RM 1500.

Sangat rare lah kalau fresh graduate di ipoh, boleh dapat sampai RM 1 800.

Sebab di Kulim Hi Tech, atau area penang, basic fresh graduate, insyaAllah boleh capai sampai Rm 1 800. Tinggi kan? Itu sebab saya cakap tadi, ia bergantung kepada tempat.

Kalau anda memang kerja di kawasan industri yang besar besar, memang tiada masalah.

Kalau tadi level SPM, buat OT boleh capai RM 2 000 – bergantung kepada benefit dan policy company juga. kalau level Diploma yang basic RM 1800 ni, memang boleh dapat lebih lagi.

Dan level degree pula.

Kalau memang kawasan industri yang besar besar, memang boleh dapat sampai RM 2 800. Tapi ada juga company yang macam di Ipoh, lebih kurang dalam RM 2000. RM 1800 pun ada kalau tak silap. Normal lebih kurang dalam RM 2 000 hingga ke RM 2 500, kalau di Ipoh lah.

Di bandar dan kawasan industri yang lebih besar, mungkin boleh lebih seperti yang saya cakap tadi, dalam RM 2 800.

Berapa Gaji Yang Akan Kita Dapat???

So tadi, saya sudah sentuh sikit akan berapa gaji yang anda akan dapat kalau fresh graduate dengan certain certain level of study.

Kalau Diploma, ikut pada tempat, mungkin dari RM 1250 hingga RM 1800

Kalau degree, mungkin dari RM 1800 hingga RM 2800. Lagi sekali sangat bergantung kepada tempat.

Berikut adalah contoh simpanan yang anda boleh dapat..

Kebiasaannya, jumlah OT yang anda boleh buat ialah berjumlah separuh dari gaji. Kalau basic 1000, mesti ot lebih kurang dalam 500.

Kalau basic 2000, OT anda akan berada lebih kurang dalam 1000. so total RM 3000.

Tapi ia masih lagi bergantung kepada company policy dan benefit. Apa yang pasti, kita jadikan ini sebagai indicator untuk anggaran kita sahaja.

Saya tahu, tak semua orang boleh mampu maintain simpan macam itu sekali setiap bulan. Tapi tujuan saya, lebih kepada nak tunjuk perbezaan yang ketara kalau anda hanya graduate dengan SPM level.

Berbalik kepada berapa gaji yang kita boleh dapat, saya nak kongsikan dalam satu video khas. InsyaAllah saya akan kongsikan video tersebut secepat mungkin….

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer