Untuk permohonan kad kredit bagi pendapatan bulanan 2000 ringgit masih lagi tiada masalah. Ada sahaja pilihan dari bank bank ternama untuk anda buat permohonan.
Yang masalahnya, bila pendapatan bulanan yang di bawah RM 2 000 ni.
Mungkin akan susah sikit. Sebab kebanyakan syarat permohonan kad kredit dalam RM 24 000 setahun. Kiranya, sekurang kurang nya RM 2 000 sebulan.
Kalau anda boleh buat kerja lebih masa, dan maintain selama 3 bulan. Sudah cukup. Harap permohonan anda lepas.
Untuk yang pendapatan bulanan di paras RM 2000, saya cadangkan 5 kad kredit seperti dibawah untuk anda mulakan permohonan. Cuba mohon satu satu ya, jangan terus mohon semua. Sebab ia boleh buat permohonan anda terganggu juga.
Untuk yang di bawah RM 2 000, saya ada beberapa cadangan di bawah untuk anda follow.
3 Kad Kredit Utama Untuk Shopping + Isi Minyak
City Clear Credit Card
Kalau tidak silap, credit card ini memang baru sahaja di lancarkan. Sebab pegawai yang hubungi saya untuk sign up tu tak habis habis suruh setelkan form. Printer dan scanner rumah saya ni dah la tak ada, kalau ada memang tiada masalah. Lagi nak 3 slip bulan gaji, bila saya kerja memang tak berapa nak sempat nak uruskan semua ni.
Apa apa pun, saya galakkan anda cuba buat permohonan untuk Citi Clear Credit Card ni.
Di bawah antara syarat dan kelebihan yang akan dapat.
Minima gaji bulanan ialah RM 2000
Interest rate 15%
Balance transfer 2.99%
Anuall fee = RM 90
Kad kredit ini memang sesuai untuk shopping, sebab itu ratenya memang tinggi sikit di bahagian shopping dan dining di Imoney bawah ni.
Dapat minuman free di coffee bean kalau tak silap. Lepas tu boleh juga dapat satu tiket wayang free.
CIMB Cash Rebate Gold
Seterusnya kad kredit dari CIMB ini pula, ikutkan ratingnya, boleh kata ok juga. Sesuai untuk guna pergi shopping, entertainment macam wayang semua. Makan makan pun dapat points. Nak isi minyak pun sesuai. Lepas tu, yang tak ada dalam kelebihan citi bank tadi, anda juga dapat rewards lebih kalau belanja untuk bayar bil utilities.
Saya juga pengguna kad kredit cari CIMB yang lebih kurang macam ini juga. Jadi, saya amat rekomen kalau anda dapatkan yang ini.
Berikut adalah ratingnya daripada Imoney
Anda akan dapat 5% rebate setiap kali belanja dalam sebulan. Saya rasa kad kredit ini tiada had minima. Kiranya kalau nak dapat 5% rebate tu mesti belanjakan dalam RM 1000 contohnya.
Kad kredit biasa juga letakkan had belanja minima. Contohnya macam dari RHB Smart Value Credit Card ni.
Kalau tengok rating nya
Memang nampak terbaik, cover hampir semua bil yang kita perlu bayar hari hari. Tapi contoh petrol itu sahaja, adna kena belanja RM 2500 ke atas baru boleh dapat 5% rebate.
Sangat sangat lah pelek, atau pun, kad kredit ni sesuai untuk abang lori sahaja.
Apa apa pun, kalau anda berminat untuk cari kad kredit yang untuk isi petrol sahaja, saya cadangkan Public Bank Petron Visa Gold Credit Card
Public Bank Petron Visa Gold Credit Card
Tiada masalah kan kalau nak cari Petron. Stesen minyak petron dah berlambak sekarang ni.
Kad kredit dari Public Bank ini best. Untuk anda dapatkan rebate bila isi petrol tak perlu patuhi had belanja minima. Asalkan anda guna sahaja, akan rebate. Dan kalau lagi banyak guna, percentage rebate mesti lah akan lebih tinggi.
0.5% cashback for spending of less than RM100
1% cashback for spending between RM100 to RM200
2% cashback for spending between RM200 to RM500
3% cashback for spending between RM500 to RM800
5% cashback for spending of more than RM800
Rasanya, abang lorri pun akan lebih berminat dengan kad kredit ini kot.
Kalau anda kaki wayang, saya cadangkan Mach Visa Credit Card
Mach Visa Credit Card
Boleh dapat 10% cashback untuk setiap perbelanjaan 1 ringgit wayang.
5% cashback untuk dining juga
Shopping 2%, dan kalau buat belian online 1%.
59 comments On Kad Kredit Gaji Di Bawah RM 2000
hye nak tanya, saya punya gaji basic 1500 taoi gaji kasar saya dalam 3k …. campur ot dengan alaun ( alaun tak tetap )…. means lepas ka kalau saya apply credit card under cimb bank,,.. sebab sebelum ni pernah apply tapi kena reject..means better apply sekali lagi ka?
masaq reject tu apa alsnnya. rasa nya kene basic 2k sekrg