Nak cari kerja kosong part time sebab apa? Sebab kerja tak lama? Nak kerja masa semester break sahaja?
Berikut adalah antara beberapa idea yang saya boleh sarankan.
Oh ya. Saya juga akan kenalkan pada anda antara jawatan kosong part time yang korang semua boleh apply.
Kedai makan mamak
Makan dapat. duit pun dapat. dan juga kedai makan yang lain lah. Tapi nampak gayanya kedai makan mamak macam akan bagi lebih rezeki sikit kan.
Jadi rewang..
Ni yang saya buat sendiri masa kerja part time di Ipoh dulu. Masa tu kalau tak silap saya buat antara semester break. Jadi rewang ni, bukan lah tak best. Cuma masalah nya kerja nya penat. Sakit tangan angkat bakul pinggan.
Lagi naya kalau janji 10 orang punya kerja, tapi yang datang betul betul masa hari kerja dalam 5 orang sahaja. Memang penat.
Gaji pun dah la dapat ciput.
Yang paling saya geram. Kalau dah tahu kerja sepatutnya 10 orang yang buat. Tapi yang datang nya 5 orang. Bagi la gaji double. Atau at least darab 1.5 dari yang biasa. Orang dah kerja untuk 2 man power kot. Lagi nak kena kerang lagi.
Lagi nak kena jaga kenduri lagi. Memang penat..
Jaga member bukak stole burger
Ini saya tak buat, tapi kawan saya buat. Dia teman member die yang bukan member saya kat Ipoh nun. Kalau korang orang ipoh insyaAllah la tahu nama pasar Gerbang Malam tu kan.
Member saya ni niaga kat yang seberang jalan besar, nak menuju ke Ipoh Parade. Dulu lah, sekarang tak tau la kerja ke tak lagi. Kalau tak silap. Dia dapat dalam 50 hengget satu malam.
Kira ok lah tu. siang boleh keje lagi kalau dia rajin kan.
KFC / McD / Fast Food
Ini antara lubang kerja yang baik juga. Tapi gaji saya tak berapa pasti. Tapi memang banyak kosong untuk ini.
Kedai 2 ringgit
Saya perasan ramai juga yang keluar masuk kerja sini. tapi kalau korang betul betul dapat tempat yang baik, macam ada satu cawangan kedai eco 2 ringgit kat kulim ni. siap bagi asrama sekali..
Online Freelancer
Freelance ni macam buat buat kerja online la kot yang mudah nya. Biasanya benda ni tak perlu kekang akan masa. Asalkan korang boleh siap kerja sudah OK. Dan nak buat kerja tu pun bergantung kepada kemahiran dan apa yang anda minat. So memang tiada masalah untuk kalau kalau takut buat benda yang kita tak suka.
Contoh macam jaga kedai makan, siapa yang tak sakit hati kan kalau tiba tiba kena maki hamun dengan customer sebab hantar masak lambat.
Tapi, freelancer lebih kepada effort sendiri. Rasanya kalau tengah belajar pun masih lagi buat kot.
Even saya sendiri pun seketul freelancer. Dulu lah. Tapi sekarang saya lebih kepada bangunkan bisnes sendiri. Alhamdullillah.
Harapan saya, 2018 adalah titik tolak kejayaan saya. Saya tak nak dah turning back dah. Dah berapa kali GAGAL sebenarnya..
Oh ya, kalau anda minat akan apa yang saya kongsikan jadi freelancer ni, boleh baca artikel di bawah..
http://www.saya-share.com/kerja-sambilan-di-rumah/
http://www.saya-share.com/kerja-part-time-di-rumah/
Akhir kata.
Untuk siapa siapa yang nak kan kerja fizikal.
Sebab jadi freelancer ni belum tentu boleh dapat duit dan berjaya. Kalau part time secara fizikal ini insyaAllah dapat. tunggu bayaran bulanan atau hari sahaja lah kan.
Anda boleh cuba join MauKerja.
Dengan MauKerja memang ada lebih dekat 2000 kerja part time yang ada ditawarkan seluruh Malaysia.
Caranya ialah:
Step 1
Daftar dengan MauKerja di SINI dahulu.
Step 2
Dalam keadaan anda login, sebab kita kena login kalau nak tengok berapa jumlah gaji yang ditawarkan. Pergi ke homepage MauKerja..dan di bahgian Job Type tu, pilih ler ‘Part Time’.
Macam yang saya screen shot di bawah ni
Ada 1950 jobs available kan?
Ada sipi sipi nampak tu.
Last sekali..
Kalau sudah ada lesen boleh lah join Uber driver juga.
Hati hati lah bawa nyawa orang. Jangan laju laju…