Kenapa Kena Buat Cover Letter?

image_pdfDownloadimage_printPrint

Sebab orang lain tak buat? Betul juga. Bila orang lain tak buat, dan kita ambil effort untuk sediakan. Itu macam sudah OK.

Sebab memang dah disuruh buat? Pun betul juga. Saya pun memang nak suruh korang semua sediakan cover letter.

Tak susah pun nak karang. Saya dah kongsikan cara nya di artikel ni, cara sediakan cover letter.

Baiklah, kita teruskan je la apa motif saya kali ni. iaitu kepentingan untuk menyediakan juga cover letter bila minta kerja kosong.

Saya dah kongsikan 2 di artikel yang ini, iaitu

1. adalah untuk kita muatkan juga maklumat yang sepatutnya ada di bahagian resume. Tapi diletakkan di bahagian cover letter

kiranya kita macam pinjam ruang di cover letter sikit. Korang memang tak kan nampak idea ni kat blog lain. Ni saya sendiri fikir. Tak ada masalah pun sebenarnya. Jangan melampau sudah.

2. Highlight your strength – cover letter ni juga bertujuan nya untuk kita bagi tahu point point yang sangat penting untuk majikan tengok sahaja. Kiranya nak minta perhatian majikan dari awal lah kan.

3. Supaya kita boleh personalized kan application kita..

Maksud saya macam ni. kalau resume tu, tulisan dalam dalam nya lebih kepada macam cakap sendiri sendiri kan. Dan kebanyakan kita pun, akan buat ayat yang bunyi nya general. Supaya boleh apply kat semua company yang lain.

Tapi dengan ada nya cover letter. Penulisan nya lebih nampak personalized..

Kiranya, kita letak ayat yang saya nak kerja kat company XXX, saya nak datang interview di perenggan ketiga. Cara kita olah ayat kat perenggan 1 dan 2 pun lebih kepada macam bercakap dengan orang.

Berbanding dengan isi kandungan dalam resume..

Betul tak? Betul kot..

Even cara saya tulis artikel kat blog ni pun sama juga..lebih personalized supaya korang yang baca lebih sampai kat hati..bukan robot yang tulis..antara perkataan dan ayat dan juga tindakan saya untuk usaha ke arah lebih personalized ialah:

  1. Saya bahasa kan diri saya dan awak.
  2. Saya kongsikan pengalaman saya, storytelling
  3. Setiap kali tulis artikel, saya tak buat semuanya dalam satu perenggan. Memang pening kan mata kome nak baca. Cover letter kita pun saya buatkan dalam 3 perenggan.
  4. Saya cuba untuk melawak

Dan macam macam lagi…tak pe lah, kita pergi ke point no 4…..supaya ia lebih direct…

Supaya permohonan kerja yang kita minta tu lebih direct..

Cakap terus terang, saya nak jawatan itu. Saya nak jawatan ini. Hah macam tu. resume tak bagi tahu. resume lebih kepada bagi tahu kita ni macam mana sahaja.

Kan?

Baiklah, itu sahaja..

Terima kasih…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer