Jadi apakah medical card terbaik terbaik di Malaysia? Adakah Prudential, mahupun AIA? Atau pun ada lagi yang lain? Untuk pengetahuan anda, Insurance ni yang saya tahu dan faham dan nampak kesan positifnya cuma dua sahaja. Iaitu AIA atau pun Prudential.
Dua ini sahaja, AIA sebab saya memang pernah subscribe Medical Card sebelum ini. Masa tu harga bulanan lebih kurang dalam RM 50 lebih. Rasanya pakej AIA yang ini sudah tiada lagi. Untuk prudential pula sebab ada kawan rapat yang guna. Rasanya dia ambil family plan.
Ingat lagi, dia cerita. Masa tu mula mula baby baru lahir. Biasanya lah kesihatan baby tak menentu awal awal kelahiran. Jenuh juga dia ulang alik, kosnya masa tu dalam RM 2 500 kalau tidak silap. Tapi sebab kan ada Medical Card Prudential, semuanya bisa di atur.
Perhatian!!!
Saya ni bukan agen insurance untuk mana mana company ya. Saya pun pengguna seperti anda. saya pun blur nak buat permohonan medical card yang mana satu. Saya pun macam anda yang menyampah dengan kawan yang promote insurance ni. Biasalah, kalau diorang ni bercakap, akhirnya mesti ending dengan minta sign up insurance diorang.
Memang lah kita menyampah, tapi penting dan sangat berguna juga untuk kita ambil
Medical card apa yang paling OK ni?
Sebenarnya, bagi saya sendiri lah. Tiada medical card yang terbaik. kalau ada pun tak beza mana pun.
Contoh macam AIA dengan Prudential. Saya dulu memang rasa AIA paling OK. Plan murah dan ganjaran besar. Tapi bila bawa ke Hospital Fatimah, Swasta. Tak diterimanya. Sebab? Ada dua. Satu, memang staff Hospital Swasta si Fatimah ini tak alert. Dua, sebab pengurusan AIA yang masih lagi tak kemas.
Bila ngadu dekat Agen. Dia cakap, ‘oo hang pergi lah Hospital Ipoh Specialist, banyak client aq pergi sana’. Ada juga sedikit menyampahnya dengar alasan dia tu. Padahal masa mula mula sembang sign up, punya dengan bangga dan yakinnya kata, “hampir semua hospital swasta di Ipoh hang boleh pergi”.
Kesimpulannya.
- Pastikan pakej dan harga bulanan yang anda mampu bayar
- Kedudukan anda di mana, contoh di Ipoh, memang banyak hospital yang AIA boleh cover. Tapi kalau di kelantan, kalau tidak silap, masa isteri saya sign up ada dua buah sahaja. Jarak jauh juga boleh main peranan.
- Berapa orang tanggungan.
- Dan antara yang paling penting juga ialah berapa banyak boleh cover? Dan kalau terlebih dari apa yang mampu dicover, berapa pula yang selebihnya anda mesti bayar. Soalan ini mungkin soalan yang paling utama untuk anda tanya kalau nak sign up.
- TAMBAHAN!!! Saya lupa benda yang tak kurang juga pentingnya, ialah agen yang promosikan insurance pada anda tu. Percayalah, bila nak sign up memang semuanya nampak smooth, tapi bila dah tiba masa nak guna pasti akan tangguh itu lah, tangguh ini lah. Benda benda ini semua sepatutnya biar agen yang selesaikan.
Untuk soalan berapa banyak boleh cover atas tadi anda kena tahu sikit lah denga harga pasaran kos perubatan.
Seperti contoh, adik saya pernah eksiden patah kaki. Total kos RM 10 000. Selamat lah adik beradiknya memang berduit. Heheh
Kalau tak? Mana nak cekau?
So total RM 10 000 ni memang boleh cover selamba kalau dengan AIA. Sebab kalau tak silap AIA cover up to RM 27 000. Kalau lebih, anda hanya perlu bayar by beberapa percentage sahaja. Selebih nya AIA yang akan bayar.
Prudential pula, saya ada tanya kawan ( agen ), dia cakap lebih kurang dalam RM 200. Bergantung kepada umur dan pakej nya. Cover sampai RM 100 000 dalam setahun. Banyak juga tu.
Apa apa pun, pandai pandai lah anda buat pilihan.
Di bawah adalah ranking Top Insurance di Malaysia pada tahun 2016
***ini adalah top buzz, yang ditanya pada respondents. So rasanya mungkin data ini tak berapa tepat. Tapi yang penting, sedikit sebanyak kita dapat lah nampak mana satu yang pelopor ya. Anda boleh rujuk report penuh daripada BrandIndex