3 Faktor UTAMA Kenapa Mesti Buat Resume Elok2x
Sebagai penarik temuduga
Memang tujuan utama resume untuk anda dapatkan temuduga. Kalau tak sediakan resume, memang tak boleh anda nak bersua dengan majikan.
Temuduga adalah bahagian ke 5 dalam Panduan Lengkap Temuduga
Kalau nak harapkan, datang sahaja mana mana syarikat yang anda nak kerja. Lepas tu, terus cakap. “saya nak kerja” dengan harapan anda akan di temuduga time itu juga. Memang tak dapat lah jawab nya. Mesti lah kena buat janji temu dahulu. Dan sebagai pencari kerja, resume ini adalah tiket janji temu kita.
Itu pun, kalau di panggil lah.
Sebab bukan 1 sahaja resume yang diterima
Kalau satu kilang, satu resume sahaja memang confirm anda dapat kerja. Tapi, masalah sekarang bukan satu. Tapi beratus ratus. Saya pernah tengok berkotak kotak resume di bilik HR satu kilang di Ipoh terbiar macam itu sahaja.
Bayangkan, ikutkan satu kajian kadar purata majikan tengok resume untuk pastikan anda layak atau tidak layak adalah lebih kurang 5 hingga 7 saat sahaja.
Kita buat resume kadang kadang makan sampai seminggu. Dia duk cek dalam 7 saat je.
Panas tak panas kalau macam ni?
Jadi itu, sebab kita kena buat elok elok. Supaya apa yang kita tulis dapat tarik minat dia.
Dapat tarik minat dia ya, bukan nya dapat minta simpati dia majikan sebab kita dah buat resume seminggu.
Sorri, tak ada siapa yang nak bagi muka kesian kat sini. Anda diterima kerja supaya dapat bantu syarikat dapat money, bukan charity.
Cewaah…
Resume boleh bertindak sebagai pembantu perkenalkan diri kita
Bayangkan, siapa lah yang tak rasa. Untuk buat resume kena siapkan 10 helai baru puas hati? Saya sendiri rasa macam tu. Sebab kerja dah macam Kerbau, layanan dah macam Lembu.
Jadi memang lah syok habis kalau boleh tulis sepanjang mana task yang kita pernah buat dan yang mampu buat.
Dah la nanti masa temuduga, bukannya kita petah sangat bersuara itu ini. Lain lah setengah orang yang kuat kencing. Bila sembang memang kencang, time buat koje? Yang tak berapa reti nak kencing ni lah buat sorang.
Namun, sebab dah digalakkan 2 hingga 3 helai sahaja, jadi tak boleh lah nak letak berhelai helai ya.
Resume Boleh Cover Pointer Teruk Anda Tu
Siapa cakap kalau pointer tinggi masa kat U atau poli confirm boleh dapat kerja?
Dan pointer pointer yang rendah ni, confirm meragih sebab susah nak cari kerja. Sebab ianya belum tentu.
Walaupun saya selalu ingatkan, mana yang masih lagi belajar. Cuba lah dapatkan pojnter sekurang kurangnya 3. Saya cakap macam ni, sebab ada company yang tetapkan sekurang kurangnya pointer 3 kalau nak apply.
Tapi tak semua company macam tu.
Ada sahaja company yang lebih utamakan pengalaman kalau nak buat kerja mereka.
So dengan resume juga lah, ayat ayat ni boleh cover pointer anda yang rendah tu…
Tapi kene pandai goreng ayat lah..goreng ya, bukan kencing…
Resume Memudahkan Anda Minta Kerja
Bayangkan kalau korang macam saya kat Ipoh. Tapi nak minta kerja kat Penang contoh nya. Jenuh juga nak bayar tol semua. Minyak lagi.
Tapi dengan resume, suruh je pakcik pos yang setelkan. So resume juga boleh bertindak sebagai spy untuk cari jawatan kosong anda.
Baiklah, itu sahaja…
Sebelum kita tutup artikel ni..
INGAT!!!! JANGAN HANTAR RESUME SAHAJA..
Sebaliknya anda mesti follow up…
Tengok artikel ni, untuk idea yang saya boleh cadangkan cara nak follow up… Cara Nak Follow Up Resume