10 Cara Untuk Cari Kerja Kosong Swasta

image_pdfDownloadimage_printPrint

Jobstreet Adalah Website Terbaik Bagi Saya Untuk Kerja Kosong

Dulu masa saya masih lagi belajar di UMP. Kiranya masa tu sudah nak tahun akhir tau. Abang saya ada cakap, dekat area KL ada macam satu karnival kerjaya. So dia nak saya pergi.

Karnival kerjaya = Job Fair..

Masa tu dalam fikiran saya, adoi malasnya lah. Sebab saya fikir, alah lambat lagi. Nanti cari lah kerja lepas graduate.

Lepas tu abang saya cakap, KAU INGAT SENANG KE NAK CARI KERJA?

Huhu..

Sebab kan rasa macam tu, tu pasal lah saya pernah menganggur dekat setahun..Kononnya nak cari kerja senang, boleh tangguh tangguh. Dan bila dah tiba masanya, baru lah saya tahu.

Sebab nak cari kerja bukan senang….

Tapi nak jadikan cerita memang saya pergi juga lah karnival kerjaya tu. So itu la first time saya pergi macam ni. Kiranya, kerajaan kumpulkan semua agensinya, dan swasta juga, kumpulkan dalam satu bumbung. So nanti kalau anda pergi, akan nampak lah booth booth yang banyak banyak company lain yang turut serta.

Itu lah, masa tu tahun 2008 kalau tidak silap. Sekarang saya buat article ni tahun 2017. Sejak graduate dari 2009. Sampai tahun 2012 baru saya dapat kerja betul tau. Masa tu kalau sekali campur dengan OT, Alhamdullillah lah saya dapat dalam RM 2 500. Lepas dari itu, sampai sekarang 2017 ni, sudah 3 kilang besar yang saya tukar. pernah gaji saya sampai RM 5 200. Masa tu, punya lah rasa hebatnya level diploma, technician mampu capai sampai gaji macam tu. Untuk terbaik, baru baru ni, lepas tukar kilang no 3. gaji saya straight 4000 ke atas selama 3 bulan. Alhamdullillah. Rezeki kahwin kot. Memang saya baru kahwin pun.

Baiklah, untuk tidak lengah masa, sebabkan saya sudah macam tahu sikit cara untuk cari kerja. Siap boleh tukar tukar lagi, lantas saya nak siapkan 9 senarai cara cari kerja untuk anda jadikan satu panduan bila nak cari kerja kosong. Payah tau, memang bukan senang nak cari kerja, tambah tambah lagi kalau mindset salah.

Apa Motif Article Ini?

Penting untuk saya kongsikan dahulu apa motif utama article ini, supaya anda dapat faham dengan lebih jelas.

Biasa orang cakap, eh lepas hang graduate daftar lah spa, daftar lah jobstreet lah. Macam macam kan. Daftar lah itu, daftar ini lah…

Masalahnya, berapa banyak tempat nak daftar? Ada list tak? Boleh listkan untuk saya refer?

Saya sendiri dulu, daftar jobstreet dengan SPA lepas beberapa bulan saya graduate. Kiranya saya tak siapkan benda ni awal awal. Itu pun saya daftar sebab tak sangka yang lubuk untuk cari kerja ni daripada website mana.

Orang kata, main hentam ja..

Tapi untuk anda, atau adik adik yang baru lepas habis study, saya listkan semuanya di sini untuk rujukan ya. Andai kata masih ada yang tak cukup, sila contact atau tinggalkan komen, nanti saya akan masukkan selepas saya nilai sama ada berbaloi tidak anda habiskan masa dengan source kerjaya tu.

So ini lah matlamat saya dalam post ini. Mungkin ada blogger yang buat rujukan atau panduan masing masing, tapi itu cara diorang. Anda boleh rujuk diorang, tapi untuk saya, yang di bawah ni yang saya boleh sediakan.

So, tanpa lengah masa saya teruskan nya ya.

Bawah ini ada lebih +10 cara untuk dapatkan kerja, saya bahagikan kepada dua cara, satu guna internet dan juga secara fizikal.

Secara ONLINE

Dan website website untuk anda perlu daftar dan aktif cari kerja ialah:

  1. SPA8
  2. SPA8 negeri anda masing masing ( ini kena rajin rajin tengok ), contoh macam saya asal Perak, saya akan pergi ke http://spaonline.perak.gov.my/. Atau anda taip saya ‘spa’ + negeri apa di Google.
  3. Suruhanjaya untuk jabatan jabatan tertentu, macam air elektrik contohnya.( rajin rajin jenguk website mereka)
  4. Jobstreet ( ini ler punca utama update saya dapat kerja )
  5. Jobsmalaysia GOV ( saya tak berapa gemar website, macam orang tak ada tangan yang setup )
  6. Mudah.my ( secara purata, iklan jawatan kosong di Mudah tak berapa banyak, tapi boleh lah nak tau tau kan )
  7. MauKerja dot My
  8. My Star Job
  9. Google Search << update terkini

Ok, itu secara online.

INGAT, buat satu satu ya. Jangan ada yang pandai pandai nak skip. Saya sengaja letakkan yang secara online ni sebagai yang pertama, sebab ianya mudah. Anda tak perlu ke mana mana. Setup semua dalam rumah depan komputer sahaja. Baiklah, sekarang kita akan buat yang secara offline pula.

Update Terkini

Lepas beberapa bulan article ini siap saya lupa nak letak lagi satu source yang tak patut kita lupakan juga. Iaitu Google. Caranya, anda taip sahaja jawatan apa yang anda inginkan + dengan negeri yang anda mahu. So, browse website yang disenaraikan Google satu per satu.

Secara OFFLINE

  1. Rajin rajin kan diri untuk round kawasan kilang/industry
  2. Hantar resume byhand terus ke kilang.
  3. Contact terus kilang
  4. Beli newspaper
  5. Pergi ke Job Karnival/Open Interview

Ok, so itu dia.

Sekarang saya akan pergi kepada penerangannya satu persatu.

Untuk panduan isi borang atau pun tips tips yang boleh saya kongsikan untuk cara kerja melalui online atas tu, contoh macam jobstreet dan spa semua tu, anda perlu click website tersebut dan saya akan bawa kepada post khas mengenainya.

Sebab yang seterusnya di bawah ni saya hanya kongsikan cara cari kerja untuk kaedah fizikal sahaja.

Baiklah, sekarang kita akan pergi kepada point untuk cari kerja kaedah fizikal satu persatu.

1. Rajin rajin kan diri untuk round kawasan industry

Tak semua company ni guna cara online. So, ada juga yang akan tempek plat depan kilang kalau diorang nak pekerja baru.

Tapi macam biasa lah, biasa kerja kerja yang macam ni hanya untuk gaji yang dalam RM 1000 sahaja, itu pun kalau mereka ni follow gaji minimum RM 1000 kerajaan itu.

Untuk operator memang sesuai untuk dapatkan kerja macam ni, insyaAllah kebiasaannya anda boleh dapat kerja on the spot.

Tapi macam saya cakapkan tadi, gaji mungkin tak berapa banyak sebab kemungkinan besar hanya untuk level operator sahaja. Tak pe lah, try dulu ya. Kerja sahaja, nanti lama lama ada rezeki naik juga.

2. Hantar resume byhand terus ke kilang.

Percaya tidak, ini adalah teknik untuk dapatkan kerja paling mujarab.

Tapi masih ramai lagi yang tak berapa nak buat.

Kemungkinan besar sebab malas nak print dan jadi posmen hantar satu satu kilang.

Senang je sebenarnya, anda tak usaha memang tak akan dapat apa apa.

Bukan susah pun..,

Lagi sekali saya ingatkan, ini adalah teknik yang paling kuat dan mudah untuk dapat kerja. Percayalah cakap saya.

Caranya mudah sahaja.

Langkah Pertama :

Ambil masa dalam 2 3 hari round di kawasan kilang atau mana mana tempat kerja yang anda mahu. Ambil nama syarikat dan terus buat resume. Pedulikan kalau ada signboard kerja kosong atau tidak, yang penting anda rasa kilang/company tu besar dan nak kerja tempat tu.

Tak perlu masuk dalam tanya ada kerja ke tak pun tak apa. Company besar ada banyak procedure, kadang kadang kita tak boleh masuk. So tak perlu masuk. Pergi tengok sebab nak tahu nama company sahaja. Bila sudah dapat dalam 10. Balik rumah, siapkan resume ikut yang cara saya plan resume. Dan submit pada guard atau pun hantar terus ke depart HR, minta guard yang jaga depan untuk tunjukkan.

Saya sendiri ada pernah try kilang cement di Gopeng, masa itu saya ada nak hantar resume untuk adik saya. Memang guard tu tak bagi masuk sebab saya pakai selipar sahaja. So saya pass dekat abang guard tu sahaja.

3. Contact terus Kilang

Teknik ini pun mujarab juga. Malah lebih target, sebab kita buatkan HR tu tertunggu tunggu.
So katakan kita kol tanya dia, ada kerja kosong ke tak. Biasanya, dialog yang saya cakap macam ni:

Saya : Hello, boleh hubungkan saya dengan bahagian HR ( takut takut salah department )

kalau dia sambung kan, anda tunggu je la. Kalau dia cakap, memang department HR yang bercakap. Anda sambung ayat macam bawah ni.

Saya : Saya nama Ahmad, nak tanya kalau ada jawatan kosong yang masih lagi available untuk syarikat ni.

Kalau ya, anda confirmkan dengan HR itu sama ada nak hantar resume melalui email atau post. Yang baiknya email lah, anda pun tak perlu keluar duit print. Selepas email,pastikan anda call HR tadi semula. Untuk pastikan dia terima.

*Bukan nak pasti sangat sebenarnya, memang confirm HR tu akan dapat pun kan. Cuma nak buatkan si HR ini ingat akan kita. Percaya lah, HR ni memang anda kena baik baik sangat dengan diorang. Sebab diorang yang select nama untuk hantar ke Department.

Lagi sekali saya nak beri penegasan, dua teknik contact kilang dan hantar resume by hand adalah sangat sangat bagus.

Tapi cara untuk terus call kilang ni, boleh juga anda jimat jimat kan duit nak print resume semua kan. Saya sendiri kalau print resume pernah sampai RM 20 juga.

4. Beli newspaper

Kira guna teknik old skul nak?

Ada juga company yang memang beri focus guna paper juga. Contoh macam biasa saya tengok lori driver semua tu.

Ada pernah nampak iklan kerja untuk nurse juga. Boleh kata banyak juga yang nurse nurse ni.

Biasa kalau kerja untuk jururawat mesti ads size nya besar sedikit berbanding dengan iklan lain.

Nak beli paper apa? Saya rasa terbaik yang duk listkan kerjaya ni adalah the star.

The star juga ada website yang listkan kerjaya nya sendiri, di thestar.com.my

So boleh rujuk sana juga.

5. Pergi Ke Job Karnival/Open Interview

Ok, mana mana job karnival memang antara peluang yang paling keemasan untuk anda dapat kerja. Jangan risau kan orang ramai. Tengok pada artikel ni, walaupun ada 800 orang saya pergi satu open interview di Penang, akhirnya saya cekal kan diri untuk stay dan tidak balik. Dan alhamdullillah, selepas 2 bulan tunggu. Saya dipanggil dua jawatan terus..

Ini dia artikel nya, Kalau ada 800 orang di depan mata anda masa open interview?

Tapi, persoalannya sekarang. Macam mana nak update dengan Open Interview?

ada beberapa cara.

  1. Kawan Kawan – ini source saya yang mula mula dulu..
  2. JobsMalaysia – ini source saya yang agak baru juga.
  3. Join MauKerja – Ini cara saya terbaru

MauKerja adalah platform cari kerja baru sekarang Jobstreet. Website ni, bukan sahaja dia bagi tahu ada jawatan kosong. Malah MauKerja pun ada bagi maklumat kalau ada open interview yang mereka buat. So, untuk tahu, anda hanya perlu register sahaja, nanti diorang akan update by email..

>>>> Buat Pendaftaran MauKerja Di Sini <<<<

Ok..itu dia…

Pastikan anda buat semua tindakan di atas dahulu.

Setengah orang cakap, usaha dan tawakal kan.

Tapi nak usaha yang sampai macam mana, dan tawakal berapa lama. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, saya ada post yang nak kongsi kat anda apa tindakan seterusnya pula bila anda sudah apply mana mana kerja.

Saya ada post post lain yang penting untuk anda fahamkan juga.

Ini dia…

Cara Saya Perkenalkan diri Semasa Temuduga

Tone Yang Sesuai Semasa Temuduga

Cara Saya Buat Persedian Temuduga

Sudah right click dan open new tab link di atas?

Saya ada lagi satu link atau post yang nak share, iaitu cara cari kerja yang paling favorite. Anda boleh bacanya di sana, seperti tajuknya sendiri. Kaedah ini adalah kaedah paling mudah dan mujarab untuk dapatkan kerja, bagi saya lah…huhu

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

21 comments On 10 Cara Untuk Cari Kerja Kosong Swasta

  • Salam, saya tertarik dengan info mengenai hantar resume terus kepada kilang/syarikat. Saya ada juga baca komen lain mengenai benda ni & penulis blog tu cakap masa mohon tulis je “memohon apa apa jawatan yg available” lebih kurang mcm tu lah (sorry tak reti bina ayat formal sgt) hahaha. Soalan saya, boleh ke buat mcm tu atau kita kena tulis je jawatan yg kita nak

    • wasalam. boleh tu boleh..tapi nampak macam tak cantik lah. kalu kita buat lebih specifik dengan menyatakan jawatan apa.. kan ia lebih baik?

      ideanya, kita nak buat apa sahaja dengan lebih baik.. dari siapkan resume, cara tulis ayat, cara kita deal dengan temuduga. semua nak buat dengan lebih baik. supaya kita bleh bersaing dengan orang lain yang mintak…

  • Assalamualaikum, saya nak tanya mengenai drop resume dekat kilang kilang. Contoh saya nak apply dkt byk kilang dalam satu masa. Drop resume sahaja atau dengan cover letter sekali. Kalau berserta cover letter, contoh cover letter mcm mana yang sesuai?

    • yang terbaik..adalah awak drop sekali dengan cover letter..

      dan setiap cover letter tu mesti specifik..

      contoh ada 5 kilang awak nak hantar..setiap resume tu mesti specifik kan mentioned nama kilang..

      untuk contoh yang seuai..mai bg saya jawatan kosong yang awak cuba nak apply..sy try…

  • Assalamualaikum. Maaf sy nak tanya, mcm mana pula kalau nak mohon dgn company construction. Contohnya la utk civil coarse, selalunya perlukan minimum qualification adalah degree. Soo is it ok kalau kita ni diploma then just drop je resume?

  • Assalam sy nak tnya. Mcm sy berstatus janda. Mcm mana sy nak jawab kalau mereka tnya soalan tu pertama kali sebelum interview. Solan tu mcm sensitif. Pastu macam mana nak cover tahun2 yg sy romping tak bekerja

    • Mcm mana sy nak jawab kalau mereka tnya soalan tu pertama kali sebelum interview. ?? saya tak faham ni farah..

      romping tu apa?

      memang tak pernah kerja lansung ke apa? dah berapa lama tak bekerja

  • RAJA IKMAL AR-RASYID

    Assalam .. Maksud *HR* tu ape ye.. Btw bole sye minta no conteck encik bagi sya follow perkembangan tips” yg encik beri??

  • Assalam. Boleh ke kalau saya nak apply kerja kat certain company, tapi company tu takdek pon iklan kerja kosong.

  • Assalam…tentang call hr tu boleh ke kalau selepas sy perkenalkan diri terus mintak email hr? Sbb company yg saya nak mohon sudah iklankan jawatan kosong.. atau sy perlu bertanya lebih lanjut lagi tentang jawatan yg nak dimohon?

    • ya nor, boleh sahaja..lagi bagus gitu

      kalau tak silap, dalam dialog tu, awk cakap je, saya nak apply jawatan sekian sekian, so saya nak bg email ke post. cuba dapatkan untuk cara email dan minta dia tegk email tu..
      lg bagus

  • nursuhana binti abd bais

    asalamualaikum, maaf nak tanya pendapat. sy berasal dari negeri sembilan, sy mahu drop resume di area selangor, sy tak tahu nama company and jawatan yang ada. boleh ke kalau sy nak hantar resume tu by hand and secara rawak sahaja?

    • wasalam..

      jangan mcm tu. rugi

      saya cadang, awak buat mcm ni..

      pergi dekat google atau jobstreet, cuba cari 10 company yang terbaik untuk kategori/bidang awak nak kerja tu yang ada di Selangor..

      daripada situ, tahu la mana company yang paling elok kalau koje kan.

      kalau awak dapat kilang cap ayam, nanti gaji pun cap ayam juga..

    • contoh nya..

      top company in semiconductor industry
      best private hospital in the world
      top company in the world

      hah macam macam la.. terpulang pada bidang awak juga..

      kalau awak bidang civil contoh nya.. boleh la tulis macam

      top construction company in malaysia

  • nak tanya, once kita sampai hr dyorg, after dah kenalkan nama, nak cakap apa lagi ye? before kita serahkan resume dan cover letter

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer