Syarat Syarat Kemasukan ke UITM

image_pdfDownloadimage_printPrint

Untuk Syarat Syarat Kemasukan UITM ialah:

  1. Berumur sekurang kurangmya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon (rujuk E Syarat di bawah)
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menungu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Pelajat yang sedang belajar di mana mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UITM

Rujuk iklan ini untuk makluman asal.

Untuk Syarat Syarat AM pula:

Calon Lepasan SPM/Setaraf

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Calon Lepasan STPM/Setaraf

Lulus SPM / setaraf dengan baik

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Matrikulasi

Lulus SPM / setaraf dengan baik.

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Diploma

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Rujuk page UITM untuk makluman asal, syarat am

Apa Yang Ada Dalam E Syarat UITM?

E Syarat UITM ialah senarai program fakulti yang boleh diambil di UITM yang disertakan syarat syarat khas untuk memohon pengajian.

Seperti contoh, klik ke link E Syarat UITM ini, paparan screen adalah seperti di bawah:

Anda hanya perlu KLIK kotak biru Info> sahaja untuk mengetahui syarat syarat khas pengajian fakulti.

Seperti di bawah

Rasanya ini lah kali pertama saya guna ayat ayat yang begitu rasmi sekali di SayaShare.

Ok lah kita tukar kepada bahasa yang saya biasa guna.

Untuk bila masa pula adik adik semua nak mohon UITM, pada Oktober hingga November setiap tahun.

Contoh di bawah untuk tahun 2017/2018.

Permohonan dibuka pada bulan Oktober, sampai awal bulan November. Awal bulan februari tahun berikutnya adalah untuk keputusan. Lepas tu, adik adik akan ada lebih kurang 1 minggu untuk terima tawaran ke tak, dalam masa yang sama boleh juga buat rayuan.

Untuk tarikh rayuan online tu, kalau tak silap, boleh tukar kos atau tukar kampus juga. Korang try la kol tanya. Saya dah lupa. Tapi yang pasti, masa saya sambung belajar dulu pun proses lebih kurang bulan yang sama juga. Dan kemasukan pun lebih kurang bulan Mac juga. Tapi Universiti Malaysia Pahang, bukan UITM.

Update, pengambilan dibuat dua kali, rujuk link ini, https://online.uitm.edu.my/soalan_lazim.cfm

maklumat maklumat lain, seperti nak cek keputusan semua, korang boleh pergi kat anjung UITM macam bawah ni

Ini link nya, https://online.uitm.edu.my/index.cfm

Alright… Setel sudah artikel ni.

Untuk mana adik adik yang nak sambung belajar ni…

Saya ada sediakan beberapa artikel penting yang korang mesti mesti mesti baca dan sematkan dalam diri sepanjang pengajian..supaya tak ulang kesilapan saya yang lampau…

Antaranya:

Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

SERONOK TAU Sambung Belajar Ni…Pengalaman SAYA

Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?

Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?

Kesalahan Saya Cari Tempat Praktikal

Sambung Belajar ni, confirm dapat kerja ke? Confirm gaji tinggi ke?

Siapa Saya dan Saya-Share?

Untuk siapa saya, adik adik boleh tengok kat about me. Saya ada kongsikan detail sana. Sekarang saya cuma nak ingatkan adik adik akan motif saya share sahaja.

SayaShare adalah platform saya untuk berkongsi benda yang saya dah lalui dalam hidup dan perkara untuk terus hidup.

Kalau dulu, darjah 1, sampai 6 – kita amik UPSR, skor cemerlang ke tak cemerlang ke korang tetap juga naik form 1 kan?

Sampai form 1 hingga form 3, amik PMR, kalau sekarang ni PT3. Kalau dulu saya PMR, boleh lah tentukan samada layak ke tak pergi masuk Sekolah Teknik…atau boleh juga stay kalau nak masuk dalam bidang sains. Atau perdagangan ke. Apa yang pasti, korang masih lagi akan lepas dan lalui, dan terus ke peringkat seterusnya iaitu SPM

SPM? Form 4 dan form 5 (saya pernah kena buli time ni). Ambil lah SPM

Dan lepas SPM NAK KE MANA?

Di sini lah la SayaShare come to rescue. Kiranya saya cuba banding banding kan, kalau adik adik sambung belajar dapat apa. Kalau tak sambung belajar, apa jadi.

Nanti dah kerja, nak cari kerja macam mana.

Bila dah kerja, gaji yang korang dapat, apa relatenya dengan yang sambung belajar dengan tak sambung belajar.

Agak agak, sekarang ni dah nak sambung belajar, nanti bila dah kerja dapat gaji berapa? Macam mana nak cari duit atau dapatkan gaji yang tinggi tinggi.

Nanti bila dah habis belajar, dan bila nak cari kerja, saya juga ada kongsikan cara nak cari kerja. Dan bila korang nak kena datang temuduga, saya juga ada kongsikan cara nak temuduga.

Kiranya, saya kongsikan apa yang dah berlaku pada saya atau am nya kepada orang yang dah bekerja supaya adik adik semua ambil iktibar dan manfaatnya..

Satu contoh yag saya boleh bagi, pointer saya dulu 2.93. nyesal tau, serius sampai sekarang saya nyesal. Dan untuk bantu anda, tak jadi macam saya, itu sebab saya kongsikan artikel Apa itu Pointer dan Kenapa Kena Dapatkan 3.0 Ke Atas?…

Begitu juga dengan artikel Cara Nak SKOR CGPA Power di IPTA/POLITEKNIK

Sekarang ni saya kerja. Basic saya sikit RM 2k sahaja, kalau saya sambung degree gaji saya akan senang senang capai RM 4k dah. Kawan saya umur 30 sekarang. Tua setahun dari saya, sebabkan dia sambung belajar sampai degree, gaji dia sekarang lebih RM 7k sebulan. Tanpa perlu OT OT tau macam saya..

Dan untuk cover problem ni, saya buat artikel Nak Belajar Sampai Diploma Atau Degree?

Dulu, masa buat praktikal, saya nyesal betul sebab salah pilih tempat praktikal. Kawan saya, sebabkan dia pilih tempat praktikal yang baik, kejap je dah berduit. Pakai kereta semua. Saya? Menganggur lagi time tu. Dan untuk cover problem ni supaya tak berlaku pada anda, saya buat artikel Kesalahan Saya Cari Tempat Praktikal

Jelas kan? Kiranya apa yang berlaku pada saya, amnya kenalan kenalan setaraf dengan saya dikongsikan dalam blog ni, supaya adik adik semua boleh jadikan panduan dan manfaat untuk korang semua bersedia dengan alam pekerjaan nanti InsyaAllah.

Tapi saya tak pergi pada tahap yang detail gila gila lah. Saya hanya blogger biasa sahaja, bukan pakar motivasi bagai…

Berikut adalah sinopsis, serba sedikit pengalaman kerja saya…

Saya dulu sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang. Tahun 2006 – 2009. Diploma Mechanical Engineering, pointer 2.93 only.

Dan kalau ikutkan sejarahnya sampai tahun 2017/2018 ni adalah seperti berikut:

2009 – saya graduate, saya tak sambung degree sebab ada masalah kewangan. Kiranya saya berjaya layak panggilan kedua, sebab panggilan pertama saya gagal. Lepas buat rayuan saya layak. Entah macam mana, panggilan kedua saya layak. Tapi tak pergi sebab duit tak ado..

2010 – saya kerja, 5 bulan lepas tu saya kena buang..kiki, masa ni basic RM 1000

2011 – saya tanam anggur kejap.. lepas tu kerja operator, bawah forklif semua. Gaji RM 600 – RM 700.

Pang pung pang pung, saya tukar kilang ke dua tahun 2011 ni

2011 – di kilang kedua, basic saya RM 1 200. Duk duk duk, saya berhenti..

2012 – lebih kurang dalam bulan April, saya masuk kilang lain, gaji? RM 1 500. Dan bila OT boleh pergi sampai RM 2 500.

Keje punye keje.. 2014. Saya berhenti dan masuk company lain..lebih kurang 1 tahun 6 bulan sahaja..

2014 – saya kerja kilang lain, basic RM 1650 kot. Bila OT, biasa sampai RM 3 000. Biasa juga sampai RM 3 500. RM 5k pernah sekali. Ni memang OT gila gila lah ni…

2016 – Lepas keje 2 tahun di company 2014, saya berhenti lagi.. lebih kurang dalam bulan April juga, saya tukar terus company baru lagi. Basic? RM 2k, dan bila OT boleh pergi sampai RM 4k. RM 3 500 sebulan itu biasa. RM 4 999 tu boleh kata 2 kali kot.

**kalau buat ot lah dapat ribu ribu ni, kalau tak 2k je

Update tarikh sekarang 20 December 2017, basic saya RM 2 142.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

4 comments On Syarat Syarat Kemasukan ke UITM

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer