Maaf ya, kalau tajuk bunyi macam hype sikit. Apa yang saya nak kongsikan ialah, saya akan bagi tahu anda 10 contoh soalan berserta jawapan, dan lagi 35 saya akan senaraikan di bawah. 35 soalan ni, korang pilih yang mana satu nanti saya akan reply dan kongsikan. So, saya kongsikan yang 10 soalan sahaja dahulu tau.
10 Senarai Soalan Temuduga Berserta Jawapan
Assalamualaikum, saya percaya ini adalah antara maklumat yang paling orang ramai na tahu. Tambah tambah lagi bila saya kongsikan pula JAWAPAN yang macam mana patut anda jawab.
Tapi, sebelum saya mulakan, saya nak kongsikan dahulu pecahan pecahan kecil atau pun soalan dan jawapan temuduga yang lebih khusus untuk beberapa kelompok kecil pembaca blog SayaShare saya ni. Maksud saya, kelompok yang baru habis belajar, fresh graduate, kelompok yang focus untuk temuduga dengan Kerajaan SPA ke contohnya.
10 soalan dan jawapan yang saya kongsikan di bawah ni memang tak cukup untuk anda betul betul lepas temuduga apa pun, jadi saya bahagikan kepada beberapa kelompok bahagian lain supaya penerangan saya lebih khusus untuk sesetengah pihak.
Berikut adalah kelompok atau group yang saya maksudkan [ masih lagi tengah buat, nanti saya update ]:
Contoh Soalan Lazim Temuduga [ anda sedang baca artikel ini sekarang ]Contoh Soalan temuduga yang susah dijawabContoh Soalan temuduga yang bila jawab, mesti hati hatiContoh soalan temuduga untuk fresh graduateContoh soalan temuduga untuk yang sudah ada pengalaman kerjaContoh soalan yang perlu di tanya pada panel temudugaContoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan |
Jangan terus KLIK dan baca pula artikel dalam kotak atas ini ya. Baca dan fahamkan 10 soalan lazim yang boleh kata confirm akan di tanya ini dahulu. Bila sudah faham, sudah jelas, baru boleh berpindah kepada soalan dalam kotak atas ini untuk lebih detail……
1. Kenalkan diri anda
Soalan ini adalah soalan CONFIRM anda akan ditanya. Baik temuduga untuk kerja Swasta, mahu pun Government. Memang confirm akan ditanya, tapi itu lah, masih ramai lagi yang belum tentu dapat jawab dengan baik. Ingat apa saya cakap ni,
SETIAP SOALAN YANG DITANYA SEMASA SESI TEMUDUGA, ADALAH SOALAN YANG KITA SUDAH LAMA TAHU IA MEMANG AKAN DITANYA!!!
Maksudnya, yang macam saya kongsikan dalam artikel ini lah. Kita memang sudah tahu soalan kenalkan diri ni akan ditanya. So, prepare la awal awal apa benda yang kita reply nanti.
Tak perlu pun nak susah payah risau… “apa benda la yang korang akan balas nanti bila diorang tanya”. Sebaliknya, sedia awal awal apa yang korang patut cakap, dan bila penemuduga itu tanya, BAMMM kasi satu kali dengan jawapan anda sudah prepare.
Dan untuk skill atau angle atau point yang anda boleh goreng dalam soalan ni, saya ada kongsikan dalam artikel khas di bawah…
cara kenalkan diri masa temuduga <<<< Ini dia artikel nya…
boleh KLIK dan baca terus, atau pun lebih baik kalau anda habis kan artikel ni dahulu supaya dapat juga OVERVIEW apa yang saya cuba nak sampaikan..
2. Your educational background
Untuk soalan yang ini, saya sudah selitkan sekali dalam artikel cara kenalkan diri atas tu. Anda boleh rujuk sana.
Untuk jawapan yang educational ni kan, kalau memang anda perform, pointer OK, masuk itu masuk ini rajin, aktif segala bagai, memang la bangga kembang habis nak cerita kat orang lain kan. Tapi kalau jenis macam saya, duk main CounterStrike je bila tak ada kelas macam susah la sikit nak goreng…
Kalau anda memang macam saya….
Cukup lah sekadar, bagi tahu
Ya, saya belajar dari Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Diploma Mekanikal Engineering… cukup…done..
Sebab dah memang tak ada apa yang kita nak kongsikan… Kalau anda risau, takut jawapan saya ni tak power, jangan risau, sebab faktor untuk anda dapat kerja bukan sebab ni sahaja, walaupun ini faktor yang penting juga kalau anda fresh graduate, tapi nak buat macam mana kan..
Dan untuk yang memang rajin join sana sini, pointer pun power, boleh la selit selit kan pointer anda tu. Tapi kalau tak bagi tahu pun tak apa kot. Sebab memang diorang dah nampak dekat resume lampiran korang tu. Lagipun, kalau bagi tahu takut diorang pikir kita ni poyo pula kan…
3. Ceritakan pengalaman kerja anda.
Pengalaman pun sama, saya ada selitkan dalam cara kenalkan diri tu. Tapi kan, korang tak perlu basuh, duk cerita lah sampai lama lama tau dalam kenalkan diri tu, andai kata kalau bagi tahu pasal pengalaman kerja korang lah.
Seperti contoh.
Sebelum ni, saya kerja di Kilang XYZ selama 3 tahun. Sebagai Technician. XYZ buat product ehem ehem.
CUKUP…
Tak perlu lebih lebih. Sebab ini permulaan. Nanti baru ada soalan oleh penemuduga yang menyusul.
Dan bila si penemuduga tanya apa pengalaman yang korang ada, time ni lah baru kongsikan mana yang terbaik. Yang terbaik dan benda baik baik sahaja tau. Benda negatif, pengalaman negatif, benda tak elok yang tiba tiba terjadi tak perlu share dalam temuduga. Simpan semua tu…
4. Boleh kongsikan apa yang anda buat di XYZ Company?
Soalan no 4 ni, nampak macam soalan no 3 kan. Tapi korang cuba fikir sendiri. Kenapa si penemuduga tanya soalan yang merujuk terus pada satu satu company? Sudah pasti sebab ia mungkin relate sikit dengan kerja yang korang apply sekarang… So, time ni, boleh la basuh secukup cukup nya…
Kalau saya. Saya akan kongsikan point point yang macam bawah ni:
- Apa normal task atau normal routine saya.
- Apa pula special task yang anda buat
- Apa pula masalah yang selalu berlaku dan bagaimana nak selesaikannya.
- Apa pula antara kejayaan besar yang anda pernah capai.
Tapi jangan terlalu lama, jangan pula terlalu pendek… Sedang sedang lah.. Dan bila korang kongsikan tu juga, jangan buat macam jadi radio, cakap sorang sorang.
Cuba ambik perhatian si penemuduga dengan membuatkan penerangan anda tu macam berinteraksi dengan penemuduga. Supaya dapat tarik minat dia untuk beri focus dengan apa yang kita nak sampaikan…
5. What do you know about the company?
Ini pun antara soalan standard. Bukan SEMESTINYA untuk anda faham betul betul 100%. Cukup sekadar AVERAGE INFORMATION pun sudah OK.
Seperti contoh:
- Produk company
- Proses penghasilan product
Bagi saya sendiri, kalau anda tahu 2 benda ni pun sudah cukup. Tapi memandangkan kita pun tak tau diorang nak tanya sedetail mana, begitu pula dengan perangai diorang nak kita ni tahu sedalam mana. Ada elok juga lah kalau dapatkan maklumat lebih banyak sedikit.
Tapi itu lah, sepanjang berkali kali saya interview swasta, memang soalan yang diorang ajukan pada saya tu, bukan yang terlampau berat sangat. Bila saya reply dengan general knowledge seperti dua perkara di atas tu pun sudah cukup.. Tapi ini untuk company swasta sahaja tau, kalau GLC ( separuh kerajaan ) ataupun memang dalam jabatan kerajaan, memang diorang nak tahu banyak.
Tambah lagi nama nama tertentu…
Kalau anda bakal menghadapi temuduga kerajaan, boleh rujuk artikel contoh soalan lazim temuduga kerajaan dalam kotak atas tu…
OH YA….. Contoh contoh saya mungkin lebih kepada engineering atau kekilangan sikit ya. Mana yang industri berbeza atau pun cara kerja yang lain daripada contoh yang saya buat kan. Anda tinggalkan komen, nyatakan situasi anda. nanti saya cuba related kan mana yang patut.
6. Why are you interested in this job?
Point yang terbaik, anda jadikan apa yang anda passionate selari dengan kemahuan pekerjaan.
Seperti contoh, anda suka kerja dengan machine besar. So itu sebab anda nak kerja dengan company buat terowong.
Anda suka bermain dengan sensor dan elektronik. Robot robot semua. Itu sebab anda minta kerja kilang semikon, sebab melibatkan elektronik movement semua.
Walaupun tak suka, tapi cari juga point yang boleh dijadikan sebagai penarik pada sesuatu kerjaya…
Dan macam macam lagi. Kiranya, jadikan modal perniagaan kilang atau company itu sebagai alasan kemahuan anda.
7. Are you willing to travel or relocate if necessary? + Lesen
Depends pada company. Ada company yang memerlukan anda untuk travel. Kalau macam saya, tak perlu. So itu sebab, sangat berguna untuk ambil lesen awal awal.
8. Kenapa tinggalkan tempat lama
Sudah menjadi kebiasaan dan sebab utama bila kita tinggalkan tempat lama adalah sebab GAJI YANG TAK NAIK NAIK, atau pun NAIK LAMBAT.
Atau pun, kerja banyak sampai anda susah nak buat kerja.
Atau pun, ada masalah dengan member kerja lama.
Atau pun, pernah dengar ayat ” quit bos not quit job “? Ikut kan pada study, peratus orang yang berhenti kerja disebabkan bos, lebih ramai daripada yang memang betul betul nak berhenti sebab company tau. Kawan saya sendiri ada 2 3 orang yang macam ni, Tension sebab bos…
Tapi, itu lah… Kalau anda jadikan alasan alasan ini semasa menjawab soalan temuduga. Memang pakat pakat tak dapat lah kerja baru. Sebab, kesemuanya unsur negatif….
Nak kerja tempat lain, sebab kerja sekarang banyak orang jilat bos. Pun tak boleh juga.
Walaupun korang ni totally surrounded dengan masalah yang bukan sepatutnya pada level gaji yang korang buat pun, tak boleh dijadikan alasan atau point bila kena tanya soalan kenapa nak tinggalkan tempat lama ni..
Sebab ia nya negatif, anda mesti jawab yang positif positif sahaja… Jangan harapkan ahli panel tu ada rasa belas kasihan dengan awak. Sebab tektik pun memang sudah nak jadi..
Yang terbaik, anda cakap sahaja. Nak cari pengalaman baru. Atau pun nak kerja dengan company yang lebih besar untuk dapat benefit yang lebih baik.
Contoh macam previous kilang saya kerja. Elaun RM 120 setiap bulan tu sudah 10 tahun sama sahaja. Dan itu sahaja elaun yang ada. Elaun shift kerja siang and malam tiada. Elaun makan tiap hari tak ada.
Tapi dengan company baru, semuanya dapat dan banyak lagi benefit benefit lain. hah gitu, tapi untuk tahu maklumat maklumat macam ni memang anda kena ada orang dalam untuk bertanya. Kalau tak, macam mana nak tahu kan..
9. Kenapa nak kerja sini
Kadang kadang terfikir juga. Macam la aq hadap sangat nak kerja dengan kamu ya. Tapi tak baik pula cakap macam tu. Nak cari rezeki ni, belum apa apa lagi dah tunjuk sikap tak elok
Not good not good
Untuk jawapan terbaik. Saya rasa, elok kalau anda jadikan point kelebihan bekerja di tempat baru sebagai jawapan kepada soalan ‘kenapa nak kerja di tempat baru’…
Antaranya, lebih kurang macam tadi juga….
- Mungkin nak cuba kerja dengan company yang lebih besar ke
- Mungkin nak berhijrah keluar dari tempat asal ke
- Mungkin sebab nak beli rumah di sini ke ( alasan ni lagi bagus ni, maksud nya dia fikir anda akan kerja lama )
Yang penting, jangan buruk buruk atau kongsikan kesedihan apa yang berlaku pada anda untuk previous job. Apa apa jadi, buruk seburuk mana pun tempat kerja lama. Itu lama punya cerita. Jangan ingat orang nak simpati sangat dengan anda.
10. Kenapa kerja sekejap,lepas tu berhenti?
Soalan ni pernah ditanya pada saya sebelum ni.
Macam saya,
Kerja kilang besi dalam 1 tahun…
kerja Carsem 1 tahun 6 bulan.
Kerja Sun Edison, 2 tahun
Then pindah sini. Bos yang di sini tula yang tanya. Wah u kerja sekejap sekejap ya. Lepas tu pindah. Boleh bagi tahu kenapa?
JAWAPAN UNTUK NOMBOR 10? tanya saya di comment
Untuk soalan soalan lazim yang lain, boleh rujuk senarai di bawah. mana yang pernah saya kupaskan dalam blog ni saya akan link kan ke artikel tersebut. Mana yang tak ada, boleh sahaja awak tinggalkan komen, nanti saya akan kupas dan berikan contoh…
- What is your salary expectation?
- What motivates you?
- What makes a good team player?
- How did you hear about the position?
- Tell me about a challenge or conflict you’ve faced at work, and how you dealt with it.
- Where do you see yourself in five years? – ini soalan macam susah tapi senang tau. sebab senang kita nak goreng, yang dalam masa menunjukan kita ni nak sangat kerja dengan dia. jawapan yang saya boleh bagi contoh ialah, saya harap saya sudah beli rumah di sini.
- What’s your dream job?
- What other companies are you interviewing with?
- Why are you leaving your current job?
- Why were you fired?
- What are you looking for in a new position?
- What type of work environment do you prefer?
- How do you deal with pressure or stressful situations?
- What did you like or dislike about your previous job?
- Describe a difficult work situation or project and how you overcame it.
- What was the biggest accomplishment before
- What are your goals for the future?
- Who was your best boss and who was the worst?
- What are you passionate about?
- “Out of all the other candidates, why should we hire you?”
- “Tell me about the last time a co-worker or customer got angry with you. What happened?”
- “What is your leadership style?”
- boleh tak bekerjasama dengan orang lain?
- When can you start?
- gaji lebih tapi kerja bz vs gaji kurang tapi keje best!! mana yang awak pilih?
awak sudah graduate lama, tapi baru sekarang ni start koje? apa citer ni? - What are your hobbies?
- Are you a leader or a follower?
- pukul berapa bangun kalau cuti?
- nama ceo company ni apa
- kalau u tengok off day, tapi tiba tiba urgent untuk datang masuk kerja, boleh buat tak
- boleh kerja weekend?
- boleh kerja lebih masa? balik malam
- kongsikan apa yang awak tulis dalam resume ni
- mana awak tau dapat kerja kosong ni
- untuk kerja sebelum ni, pernah tak awak buat silap yang teruk punya..kenapa? dan bagaimana awak nak pastikan ia tidak akan berlaku lagi
Akhir Kata…..
Siapa lah saya untuk mampu brainstorming dan ingat semula soalan soalan yang ditanya ni. So itu sebab saya rujuk beberapa website lain yang boleh berikan idea soalan temuduga. Baru lah saya fikirkan jawapan nya yang terbaik.
Berikut adalah antara website yang saya jadikan rujukan.
References
https://www.monster.com/career-advice/article/top-10-interview-questions-prep
https://www.forbes.com/sites/jacquelynsmith/2013/01/11/how-to-ace-the-50-most-common-interview-questions/#3a78c0134624
https://biginterview.com/blog/interview-questions-answers
https://www.kent.ac.uk/careers/interviews/commonquestions.htm
https://www.inc.com/jeff-haden/27-most-common-job-interview-questions-and-answers.html
https://www.job-hunt.org/recruiters/smart-job-interview-answers.shtml
https://theinterviewguys.com/top-10-job-interview-questions/
https://www.thebalance.com/top-interview-questions-and-best-answers-2061225
https://www.monster.co.uk/career-advice/article/what-are-the-most-common-job-interview-questions
https://www.themuse.com/advice/how-to-answer-the-31-most-common-interview-questions
https://uptowork.com/blog/job-interview-questions-and-answers
http://www.businessinsider.com/common-job-interview-questions-2016-5/?IR=T/#-21
https://www.thebalance.com/top-job-interview-questions-and-answers-2061226
https://www.glassdoor.com/blog/common-interview-questions/
Jangan lupa artikel di dalam kotak ini ya…
Contoh Soalan Lazim Temuduga [ anda sedang baca artikel ini sekarang ]Contoh Soalan temuduga yang susah dijawabContoh Soalan temuduga yang bila jawab, mesti hati hatiContoh soalan temuduga untuk fresh graduateContoh soalan temuduga untuk yang sudah ada pengalaman kerjaContoh soalan yang perlu di tanya pada panel temudugaContoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan |
38 comments On [10+35] Contoh Soalan Lazim Temuduga + JAWABANNYA
info yg sgt menarik.
10q Lokman
assalam nak tya, kalau ditanya soalan kenapa nak kerja balik setelah 5tahun menganggur.. dalam resume saya ada nyatakan pengalamn kerja selama setahun kemudian selepas 5 tahun baru nak start keja balik …
wasalam. kena tengok balik, sebab apa kita x kerja 5 tahun tu. kalau mmg munasabah atau terpaksa, atau ada perancangan kita yang mungkin x jd. boleh je cerita mcm biasa. tp kalao mcm sebab kita malas ke apa. kena cari alasan lain
Bos : Last soalan..kenapa sya perlu terima/ambil kmu?
ada jawapan tak? 😂😂
blur plak rasa nk jwb..nnt sy fikir dulu
saya dapat call tadi untuk interview esok dekat RMS consultancy shah alam and page ni memang berguna sangat untuk saya tapi saya belum prepare apa apa lagi. saya ada cari tadi pasal rms consultancy tapi tak jumpa 🙁 apa saya nak jawab esok? 🙁
yang ni ke? https://www.jobstreet.com.my/en/companies/832474-rms-consultancy-agency
adoi..sori ler..sy reply lambat pula ni…
kalau urgent urgent minta email saya terus ya..insyaAllah saya akan lebih alert sikit..maaf…so sekrang dah 5hb..apa citer?
salam..sy ad dpt temuduga penolong executife peladangan felcra..apa ptot sy prepare yee?blh tuan bantu sy
kamil, ini separuh gov atau gov la kan..
mungkin boleh baca artikel ni https://www.saya-share.com/contoh-soalan-temuduga-kerajaan/
sy da dpt kje tu..tq yee tuk info
Salam..saya ada dpt temuduga utk jawatan logistic coordinator..ape yg patot sya prepare..tq tuan..
start dengan job requirement, apa yang dia nak dekat job requirement tu yang awak focus kan dulu..
antara job rqqurement yang awak boleh tengok dekat jobstreet – https://www.jobstreet.com.my/en/job-search/logistics-coordinator-jobs/
ini antara contoh terbaik q n a untuk interview jawatan awk ni saya jumpa
http://interviewquestionsaz.blogspot.com/2011/08/logistics-coordinator-interview.html – ada 48 soalan ni
artikel ni pun bagus juga
https://interviewquestions247.com/2013/10/logistics-coordinator-interview-questions-answers.html
semoga berjaya, nanti sudah habis interview kongsi soalan awak dekat kami di sini ya…
sekurang kurangnya, kalau awak tak lepas, kami boleh lepas.. 🙂
#guraujetu
Saya nak dapat pergi interview jabatan kesihatan..sebagai pembantu tadbir..ada tip tak..
artikel ni ok tak https://www.saya-share.com/contoh-soalan-temuduga-kerajaan/
salam kamil. sy pun dpt interview felcra tapi as a penolong eksekutif pentadbiran and thank you to syed. wish me luck!
u r wekem
Salam farachary, blh share apa yg ditanya IV jwtn tu? Tq 😊
Wslm zira, iv sy 9/8 nie..😊
gud lak… nnt share soaln ap die tnye tau..
wsalam..mcm mna iv awk?ok x?sy da lpas tmudga pen.eksekutif tu..
salam farachary..sy da dpt kje pen.eksekutif felcra tu..sy da nk abs training dh..ms sy dlu,dia test fitness dlu.pastu bla lulus akn ad soalan2 pengetahuan am,pasal2 felcra dan jgk soalan matematik 50 soalan..bla dh lulus stu bru la dpt temuduga dpn panel 4 org..ms sy dlu,dia tnya psal jwtn yg awk mohon tu..awk jgn gagap..ataupn bsic psal felcra..klau lulus mngkn 1/9 ni awk akn dtg tmpt sy training ninkt segamat jhor…sbb sy diphamkn akn ad yg akn msok lpas sy ni..pape pn gud luck k..tq syed..
hrp iv si fara tu lepas la. semalam iv dia 9 august
hrap2 cm tu la..lau blh bia dia share sni..skrg2 org thu cara tu
salam..sy dpt temuduga utk jawatan penolong pegawai farmasi di umk..utk pngetahuan syed..sy pngalamn di hspital besar 2 thun dan skrg sthun lbih di hspital yg baru dibuka..kdua2 hspital adalah hspital universiti..wlaupn sy dh byk kli di temuduga..sy agk nerves kali ni memandngkn tempat yg dpt ni brdekatan dgn rumah sy..jd apa yg ptut sy prepare??blh tlg x??ada email x??spya senang utk sy tya pape melalui email..
Balqis.. kalau artikel bawah ni, bantu tak?
pengalman iv
http://myownlifemyself.blogspot.com/2016/05/temuduga-penolong-pegawai-farmasi.html
lebih faham akan jobscope
http://www.blogtipskerjaya.com/2016/04/apakah-senarai-tugas-penolong-pegawai-farmasi-gred-u29.html
http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/diploma/6533/-/journal_content/56_INSTANCE_G2KdxsMqbRN7/10182/30933?p_p_state=pop_up&_56_INSTANCE_G2KdxsMqbRN7_page=1&_56_INSTANCE_G2KdxsMqbRN7_viewMode=print
Salam..29hb nt sy ade interview pegawai khidmat pelanggan n19..ade x tips mcm mne utk x nervous sbb ni kali pertama sy dpt call utk temuduga..dan ape contoh soalan2 yg panel akn tnye..dan mcm mne utk jwb cth soalan2 tu..terima kasih..
Hai Laila..saya akan cuba usahakan.. kjap ya, lagi 5 hari kan…
Salam Laila
sorry lambat, sudah 27 hari bulan ni lagi, 2 hari. adoi
saya ada sediakan artikel untuk Laila ..
https://www.saya-share.com/temuduga-khidmat-pelanggan/
Good Luck
Salam..sy nak tanya tentang kenapa kerja sekejap lepastu berhenti??
Sebab sy baru sja bekerja selama setahun di company baru..so bagaimana cara utk sy menjawab soalan 10 tu ye..mohon pencerahan
kalau kes saya,
kes pertama – sebab shift pattern yang lebih banyak masa rehat.
kes kedua – sebab company dah nak shutdown..
en bagi alasan yang baik baik je, jangan bagi yang negetif, nanti susah balik nak tackle
Salam..sy dpt iv as failure analysis engineer..masa dia kol..dia ada cakap bawa calculator sekali..biasa soalan macam mana dia akan bagi ye? Btw nie company electronic..
Salam.. Saya interview pembantu perawatan pada 14/01/2019 nanti.. Ada tips untuk saya tak..
Wahh.. Mmang trbaik pnya info.. Lngkap dgn pnerangan. Sya nk share sdkit, sbab sya pn dh prnah tmuduga, tpi fail. Mmang btul.. Utk mjawab soalan pnemuduga, jngan share yg buruk2. Bgi jwpan yg positif sja.
Sbab klau bgi yg negatif juga, komfom penemuduga akn angap kita.. Bermental negatif..
Boleh sy tau jawapan no 10 tu?
Salam.. saya nak jawapan untuk soalan nombor 10. Kenapa kerja sekejap2 lepastu berhenti
Wasalam. niat saya bagi tahu tanya saya di comment tu bukan sebab mmg saya ada jawapan. tapi mmg sy malas fikir nak jawab apa. haha
Tak sangka lepas 5 tahun buat artikel ini, ada yang tanya.
So tak apa. saya cuba jawab.
Kenapa kerja sekejap,lepas tu berhenti?
Untuk jawab soalan ni, dah pasti kita tak nak tunjukkan yang kita ada masalah pada tmpt kerja lama, atau nampak macam kita ni memilih, atau pun nampak macam saya ni suka lompat lompat tempat kerja. sebab memang company tak suka kita buat perangai macam tu. nanti lagi depa nak interview orang lain, lagi nak train dia, lagi nak tunggu masa untuk pekerja itu mahir lagi. semua itu perlukan masa pada company.
so jawapan yang terbaik, adalah kita cuba cari kelebihan pada tempat yang kita nak apply sekarang.. kira angle yang paling mudah lah ni.
macam kes saya hari tu. saya berhenti kerja selepas 1 tahun 6 bulan, sebab dapat offer kilang yang shiftnya lebih singkat. so lagi mudah.
kerja shift daripada 4 2 4 2 ( company A ), kepada 4 3 3 4 ( company B ). itu sebab saya behenti. kira banyak masa mcm tu. so ini point pertama
kelebihan kedua saya kalau x silap, sebab da lama da berlaku ni.
sebab company B da nak tutup. itu sebab saya pindah ke company C. selesai
kelebihan atau point ke 3 pula. sebab ianya related. maksud saya, produk atau kerja yang saya buat pada company A, B dan C ini related.
kiranya saya bagi alasan, macam saya nak perkembangkan pengetahun saya sebab saya dah kerja semua bahagian dalam bidang ni.
keempat, saya cakap, saya dengar kilang ini ada banyak benefit, mmg company C yang saya kerja tu banyak benefit, elaun sampai 500, ada shift kerja malam, ada bonus setiap 3 bulan, ada bonus 1x gaji setiap tahun, dan shift pun masih sama 4 3 3 4 macam company B.
ok lah, itu je kot.