Alright, artikel ini saya buat khas response pada survey yang ada antara kawan kawan kita yang dah buat sebelum ni. Mana yang masih belum, terlibat untuk buat mana mana survey di blog saya. Minta buat ya nanti, salah satunya ada di cara perkenalkan diri post.
Sebelum kita pergi pada rumusan apa yang saya boleh bantu, mai saya cerita sikit. Kenapa survey ini penting!! Sebabnya mudah sahaja, supaya saya boleh hala kan pada korang korang ni mana artikel yang patut korang baca dahulu. Contoh mana yang belum pernah g interview, mungkin tak perlu baca topik interview yang ITU ITU. Mana yang salu dah pergi, tapi tak dapat dapat, mungkin tak perlu pula baca topik yang INI INI.
Apa dia ITU ITU tu, dan INI INI ni. Nanti saya kongsikan di bawah ya.
Eh Siapa lah Saya Nak Share Share Ni?
Saya hanya orang yang rasa diri ni pandai le kononnya nak berkongsi. Tak pa, teruskan baca ya. Membaca amalan mulia.
Baiklah, daripada result yang saya dapat.
Ramai juga yang tiada pengalaman ya. Huhu
Bagus ler macam tu. Sebab sebelum g interview, anda jumpa dan kenal saya dahulu. Saya dulu ingat lagi, masa tu first time pergi Temuduga di Hotel kat Ipoh. Untuk kilang Unisem. Jangan la tanya, dapat ke tak. Sebab memang tak dapat.
Tapi yang paling tragik nya, si Penemuduga tu tanya saya.
‘U baru Graduated ke?’ Saya pun cakap. ‘Ya’
Lepas tu, saya pun dibasuh lah. Die cakap u tak boleh datang macam ni. U kena prepare. Resume apa nak cakap semua. Panjang juga lah. Saya agak malu juga, tapi at least bagus juga. Dia tak terus kata TAK DAPAT kan… kiranya bagi juga la nasihat..
Jadi sangat lah penting untuk kita semua untuk prepare.
Untuk panduan lengkap, dari awal sampai akhir saya ada habis kan berjam juga edit dan buat satu artikel lengkap di sini, saya namakan Panduan Lengkap Temuduga.
Panduan ni, saya cerita dari awal hingga akhir. Apa yang patut anda buat. Dari segi prepare resume, prepare interview, prepare mental. Baju semua saya link kan di panduan tu. Tapi jangan baca lagi. Habiskan artikel ini dahulu untuk saya terangkan tindakan yang anda perlu fahamkan situasi personal yang siapkan survey di atas.
Baik…
Untuk 3 jenis golongan yang bantu saya siapkan survey di atas.
Apa yang saya boleh faham ialah….
Saya sentuh yang lebih dari 5x dahulu ya.
Kemungkinan di sini, walaupun dah 5x datang temuduga, tapi masih lagi tak dapat. Atau pun, walaupun dah datang lebih 5x temuduga, tapi sengaja anda datang ke blog saya untuk kuatkan lagi kebolehan di temuduga ni.
Untuk Yang 5x Temuduga Yg Masih Lagi Tak Dapat
Terus terang saya cakap, ini kes PARAH ni. Saya cadangkan anda back to basic temuduga semula. Untuk dari segi resume mungkin tiada masalah. Sebab at least resume anda dah OK, tu sebab berjaya di panggil temuduga kan.
So mungkin ada problem semasa proses temuduga tu sendiri.
Kalau saya sendiri, 2 benda yang akan buatkan saya failed ialah GABRA dan TAK PREPARE
GABRA memang sapa yang tak rasa. Semua orang rasa, cuma kuat and tak kuat sahaja, dan bagaimana anda control rasa bimbang tak tentu pasal tu. Untuk ini, cuba fikir macam yang saya fikir.
“SESI interview ni tujuan utamanya bukan untuk aq rasa takut, tapi untuk aq tahu situasi kerja tu macam mana”
Dulu, masa mula mula graduate memang desperate nak kerja kan. Tapi macam saya sekarang, bukan desperate nak kerja, pengalaman sudah ada. Saya Cuma nak cari kerja yang lebih baik sahaja. Untuk saya tahu kerja saya tu lebih baik, baik dari segi benefit dan baik dari segi cara bekerja. Kita ada 2 cara je untuk faham.
- Samada kita ada kawan yang memang sudah bekerja di sana. So boleh la kita tahu, benefit dan cara bekerja semua. Itu pun kalau department sama
- Yang kedua, tak lain tak bukan. Adalah dari temuduga. Percaya tak, saya pernah, datang temuduga, masuk ke dalam bilik temuduga, tak sampai 5 minit saya dah keluar. Sebab? Basic nak bagi 1100 sahaja. So, saya cakap. Kerja yang u orang offer ni untuk fresh sahaja.
Bukan riak tau. Tapi nak cari kerja yang betul betul power punya. Nak sara anak bini kot, gaji mesti nak banyak. Dan sebabkan nak keja lama, keje mesti tenang.
Kadang kadang keja dah tenang, tapi bos pula macam hampeh.
Saya boleh kerja under pressure, tapi tak boleh kerja kalau bos yang pressure saya.
Jelas? Tak perlu takut, anda datang untuk tahu situasi kerja tu macam mana. Mindset kena betul.
Yang kedua..
Tak lain tak bukan, adalah MESTI KENA PREPARE.
Maksud saya prepare tu macam mana?
Anda praktis dialog kemungkinan apa yang akan di tanya sekurang kurangnnya 3 hari sebelum bertolak. Untuk saya lah 3 hari. Dalam tempoh 3 hari ni, bukannya sekali sehari tau. Kalau macam saya, saya akan buat, pagi, tengah hari, petang. Malam juga.
Praktis ibarat anda atas kerusi. Dan terus bersembang macam betul betul tengah ditemuduga. Contoh soalan temuduga banyak, dalam blog ni sendiri ada saya kongsikan jenis jenis soalan temuduga yang biasa di tanya, dan jenis soalan temuduga yang sukar kalau di jawab.
Sekarang ni x jadi sukar dah, sebab saya dah sediakan jawapan terbaik untuk anda semua.
Pernah tengok orang kerja marketing? Saya dulu pun pernah join juga. Ada tak rasa pelek, kalau sembang dengan orang marketing ni kan, ada sahaja ayat yang di balas nya. Kalau kita kata A, dia akan susul dengan B. Kalau kita kondem B, dia akan susul C.
Sebenarnya semua benda ni sudah pun dipraktis. Saya masa join marketing, setiap pagi akan praktis sembang macam ni, antara teamate dan juga bos.
Serupa macam kita yang nak g temuduga ni. Kalau anda tak praktis, tak prepare apa benda nak di balas, memang masalah. Ingat, preparation tu jangan buat sekali sehari sahaja. Mesti berkali kali, bila anda buat berkali kali, bukan sahaja mulut tu akan petah bersuara, malah keyakinan anda pun akan jadi lebih baik.
Alright? Siap kesimpulan yang pertama, yakni orang yang lebih 5x, tapi tak dapat dapat juga lepas temuduga.
Untuk yang lebih 5x, tapi tujuan nya untuk kuatkan skill temuduga pula
Saya cadangkan anda faham skill skill yang saya kategorikan sebagai advance sikit.
Maksud saya di sini, anda bukan pergi temuduga guna ayat yang biasa biasa punya.
Contoh, biasa kan dengar ayat ni….
Saya technician, sebelum ni saya kerja di Osram. Pengalaman 4 tahun, rutin harian saya ialah bla bla bla. Antara masalah utama yang biasa berlaku ialah bla bla…
Pada pendapat anda? ok tak ayat tu?
Bagi saya OK sahaja, tapi cuba bayangkan dalam 1000 penyertaan berapa ramai yang guna ayat macam ni?
Boleh kata semua orang. Satu ribu pun, semua guna cara sama. INI yang salah.
Saya ada kongsikan beberapa teknik lain yang anda boleh guna untuk sampaikan maklumat atau aktiviti harian anda tu dengan lebih efisyen lagi.
Kiranya anda nak terang pun akan jadi lebih baik, si penemuduga yang dengar pun akan rasa yang anda ni lain dari yang lain..
Boleh baca artikel tu di sini, Advanced Teknik Untuk Jawab Temuduga
Ok selesai.
Saya nak tambah lagi satu point untuk yang nak perkuatkan lagi skill temuduga ni.
Iaitu alert dengan situasi yang buat anda rugi dalam temuduga.
TAU KAN.. Katakan kita temuduga 1 jam, dalam tempoh 1 jam ni lah, anda mesti betul betul bagi punya. Kiranya mesti gunakan setiap minit tu untuk buktikan anda ni bagus gila gila punya.
Benda ni saya perasan dalam 2 atau 3 temuduga saya yang lepas.
Perasan kan, masa tengah temuduga kan. Tiba tiba, ahli panel minta anda tanya kan apa, tapi anda tak tau nak tanya apa, dan bila pass balik kat ahli panel sama ada diorang ada nak tanya apa apa, masing masing jadi senyap.
Perasan tak? Kiranya, anda tak tau nak tanya apa, si penemuduga pun blur nak tanya apa.
INI yang rugi…sebaliknya, macam saya cakap tadi, kena usahakan setiap minit dalam bilik temuduga tu untuk buktikan yang anda ni bagus. Untuk itu, kalau saya, saya akan prepare soalan soalan yang baik punya jilat untuk diorang ni.
Hehe..maksud saya macam ni, kita bukan prepare untuk bertanyakan soalan. Tapi sebaliknya lebih advance sikit, kita tanya soalan yang buatkan si penemuduga fikir, “eh bagus la budak ni tanya soalan mcam tu” hah ini lah maksud saya.
Antara soalan soalan yang kemungkinan buatkan kita nampak BAGUS ialah:
- Boleh tak kongsikan kadar product yang defect untuk bulan yang sebelum dengan yang sekarang. Saja nak tahu kalau kalau kita ni berusaha keras untuk kurangkan defect dalam product – soalan ni nak menunjukkan kita ni prihatin dengan produksi syarikat. Tak ada lah, duk kerja masuk pagi, balik petang macam itu sahaja. Tapi cara cakap kena hati hati, jangan sampai macam bunyi riak. Dan, kalau interview untuk jawatan operator. Rasanya tak perlulah tanya soalan macam ni.
- ada tak buddy training? Maksud saya. Katakan bila saya sudah dapat diterima kerja. Yang tolong ajarkan saya tu ada tak gunakan system buddy training. Kiranya apa apa pun, saya ni ikut dia sahaja. Saya rasa training ni lebih baik kan, sebab dipertanggungjawabkan pada satu satu orang sahaja. – benda ni kena tanya juga. Untuk kepastikan dan menunjukkan kita serius. Buddy training ni, untuk pekerja kilang macam saya. Memang biasa di buat. Sistem ni bagus. Nanti kita akan ikut satu orang ni sahaja. Ingat orang di kilang nak ke ajar kita ni sangat? Tak ada nye wei. Semuanya nak kena JILAT dulu baru nak diorang ajar.
- berapa jumlah machine yang ada, apakah plan syarikat di masa akan datang. Soalan macam ini pun boleh tanya. Sebab dia boleh memberitahu kesibukan kita masa bekerja nanti. Untuk yang macam saya, biasa saya terfikir untuk tanya kilang lah. Kalau anda yang jururawat, mungkin boleh tanya berapa jumlah katil. Dan kadar masuk keluar pesakit dalam sebulan.
Untuk Golongan Yang Langsung Tiada Pengalaman
Dan juga golongan yang kurang dari 3x pergi temuduga ni.
Nak tak nak anda terpaksa luang masa lebih sikit dengan saya lah. Anda memang terpaksa baca banyak benda yang saya tulis kat blog ni.
Turutannya tak perlu cari cari post di blog saya share ni satu satu. Pergi sahaja ke page, Panduan Lengkap Temuduga yang saya kongsikan di atas tadi. Dan mulakan dari sana.
Sebab semua page page penting yang saya nak cakap, saya sudah link kan dari page Panduan Lengkap Temuduga ni.
Apa apa pun, ini rumusan yang boleh saya ringkas kan seringkas yang mungkin untuk anda yang kemungkinan besar, masih lagi baru tamat pengajian. Fresh Graduate lah yer…
Anyway, ini adalah result terakhir daripada survey yang saya buat untuk post ini.
[socialpoll id=”2440162″]